Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Sangka Ada Keturunan Pandai! Muat Naik Result SPM Anak, Status Michael Ang Undang Tanda Tanya Peminat

Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru sahaja diumumkan beberapa hari lepas. Dapat dilihat bermacam ragam adik-adik lepasan tingkatan 5 ini setelah mengetahui keputusan mereka.

Ada yang gembira dan berpuas hati dengan pencapaian mereka dan ada juga sebaliknya. Lumrah kehidupan, kita tidak akan kenal erti bersyukur tanpa adanya ujian.

Buat adik-adik yang kurang bernasib baik, SPM bukan lah penamat suatu perkara. Ia hanya lah permulaan untuk kita bangun dan mencapai matlamat kehidupan sebenar.

Sumber Instagram

“ANAK” MICHAEL ANG PEROLEH CEMERLANG DALAM SPM

Ada dalam kalangan artis mula menayangkan keputusan anak-anak di media sosial. bukan niat menunjuk tetapi sekadar perkongsian rasa gembira kerana berjaya mendidik anak dengan baik.

Terbaru adalah penerbit dan juga pengarah terkenal Michael Ang yang ada memuat naik keputusan cemerlang SPM yang dicapai oleh “anaknya”, iaitu Ryan Ang. Ianya dikongsikan menerusi laman instagram beberapa jam yang lepas.

Dapat 9A dalam SPM adalah suatu perkara yang luar biasa. Itu lah yang cuba pengarah ini sampaikan kerana dia sendiri tidak menyangkan bahawa “anaknya” itu memiliki otak bergeliga.

BUKAN NIAT NAK MENUNJUK

“Salam semua. Congrats to anak ku! Tak sangka otak kau pandai. Tak sangka keturunan aku ada yang Pandai belajar ingatkan Pandai shopping aje.”
“May your dream to a be Doctor do come thru! Sorry Sebab baru post hari ni berpikir panjang and lama baru decided to post sbb takut orang Cakap kita menunjuk! All I can say pergi mampus yang pikir aku nak menunjuk! Luv u!” Tulis panjangnya.
Sumber Instagram

STATUS “ANAK” CETUS TANDA TANYA

Melihat kepada ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah terhadap kejayaan yang diperoleh oleh “anaknya” itu. Mereka turut mendoakan cita-cita untuk menjadi seorang doktor tercapai dan dipermudahkan urusan untuk sambung belajar.

Ada juga antara mereka tertanya-tanya dengan status “anak” yang dimaksudkan oleh Michael Ang kerana selama ini ramai beranggapan bahawa pengarah berkenaan berstatus solo.

Tahniah penulis ucapkan. Semoga kisah-kisah sebegini memberi inspirasi buat kita semua dalam memberikan didikan yang terbaik untuk kejayaan anak-anak kelak.

Kongsi artikel ini: