Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama ushawan selebriti, Dato’ Seri Aliff Syukri menjadi carta nombor satu perkara yang dibincangkan oleh masyarakat sejak akhir-akhir ini.
JADI SINDIRAN ORANG RAMAI
Netizen menyifatkan apa yang terjadi padanya akhir-akhir ini adalah kifarah yang mana sebelum ini dia lebih sibuk perihal dalam kain orang lain sedangkan dalam kain sendiri tidak terjaga.
Nama usahawan ini terpalit dengan isu yang mana dia didakwa telah mendatangkan kecederaan ke atas anak angkat di bawah jagaannya. Dia berbuat demikian kerana kanak-kanak berkenaan menangis ketika dia sibuk merakam video untuk channel YouTubenya.
Oleh demikian, netizen merasakan perkara ini tidak patut terjadi tambahan pula si kecil yang menjadi mangsa berstatus anak angkat. Persepsi orang ramai sudah pasti lebih negatif.
ALIFF SYUKRI DAN ISTERI KUNCI MULUT, BIAR POLIS BUAT SIASATAN
Sehingga hari ini Aliff Syukri atau pasangannya, Datin Seri Shahida masih mengunci mulut dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung isu yang melanda.
Mengikut laporan Harian Metro, Shahida tidak mahu memberikan apa-apa komen. Dia hanya menyerahkan kes ini kepada pihak polis dalam menjalankan segala siasatan terhadap perlakuan suaminya itu.
Shahida kini yang sedang berada di Tanah Suci bagi menunaikan ibadah umrah hanya ingin memberikan tumpuan di sana tanpa mana-mana gangguan.
Bagi pihak Aliff Syukri pula, dia mengambil jalan untuk berdiam diri seketika bagi memberi laluan kepada pihak polis dan tidak mengganggu siasatan yang sedang dijalankan.
MOHON ORANG RAMAI JANGAN CEPAT MEMBUAT SPEKULASI
Cuma apa yang dipinta mereka adalah masyarakat tidak terlalu cepat menghukum dan membuat sebarang spekulasi tentang kejadian menimpa dirinya dan juga anak angkat.
Justeru, semoga urusan keluarga Aliff Syukri dan juga anak angkatnya dapat diselesaikan secara baik dan menjadi pengajaran buat kita semua agar tidak memandang remeh mengenai didikan kepada anak-anak.
Kredit: Harian Metro