Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kehidupan Semakin Bahagia! Selepas Tak Jadi PM Najib Razak Kini Bergelar Model Kurta, Jadi Perhatian Netizen

Siapa yang tak kenal dengan ahli politik dan juga mantan Perdana Menteri Malaysia ni. Namanya lebih popular selepas kejatuhannya dalam kancah politik.

NAJIB RAZAK TUMBANG PRU 18

Sedikit latar belakang, Dato’ Sri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Abdul Razak memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia ke-6 bermula dari 3 April 2009 sehingga 9 Mei 2018.

Dia pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan Negara dan juga Ahli Parlimen Pekan. Pada tahun 1982 sehingga 1986, dia diberikan tanggungjawab sebagai Menteri Besar Pahang sebelum masuk ke persekutuan kabinet pada tahun berikutnya.

Disebabkan bermacam-macam kontroversi selama dia meneraju negara, akhirnya dia akur apabila tumbang pada pilihan raya umum 2018, dan pertama kali dalam sejarah Malaysia bahawa pembangkang menang majoriti.

JADI MODEL KURTA PULAK

Kita ketepikan soal politik buat seketika. Selepas tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri, Najib Razak dilihat  lebih bahagia menititi hidup sebagai mana rakyat biasa, tiada pengaruh dan tiada kuasa wang ringgit.

Dia semakin dekat dengan rakyat dan terbaru dia kian popular dengan tagline “Malu Apa Bossku” dan juga “Bukan Biashee Biasehee” yang menjadi ikutan ramai anak muda. Mungkin ia suatu taktik untuk mendapatkan kepercayaan semula orang ramai.

Terbaru, suatu perkongsian di Instagram Ron Kamisan, Najib Razak dilihat segak memperagakan model baju kurta sempena aidil fitri yang bakal menjelma kelak.

Dalam perkongsian tersebut menunjukkan wajah Najib Razak lebih manis dan juga selesa dengan gaya hidupnya kini yang lebih bebas membuat apa sahaja tanpa terikat dengan mana-mana aksi formal.

MAKIN BAHAGIA LEPAS TAK JADI PM

Melihat kepada komen netizen, pelbagai reaksi yang ditunjukkan. Ada yang memuji sikap rendah diri kerana sanggup ketepikan status demi membantu jualan dengan mempromosikan perniagaan anak tempatan.

Mereka juga turut menyatakan bahawa kehidupan Najib Razak semakin bahagia selepas tidak lagi memegang jawatan Perdana Menteri, siap boleh jadi model lagi.

Lain macam permainan Najib Razak dalam meraih sokongan dan kepercayaan rakyat terhadapnya. Apa pun semoga dia dan keluarga terus enjoy dan dipermudahkan segala urusan kelak.

Kongsi artikel ini: