Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sepahtu Reunion Live merupakan antara rancangan hiburan yang paling diminati masyarakat Malaysia. Ianya dikepalai oleh Jep, Shuib, Rahim dan juga Pak Ya.
Bukan sekadar mengetengahkan lawak semata-mata, rancangan ini juga turut menyelitkan nilai murni dan juga tema kemasyaraktan yang berlaku di sekeliling kita. Bersesuaian dengan trend dewasa kini.
EPISOD KAHWIN DENGAN LELAKI BERUSIA
Setiap minggu ada sahaja cameo ataupun artis jemputan yang dirahsiakan identitinya. Sekali gus menambahkan lagi tanda tanya dalam benak penonton adengan akan berlaku sejurus cameo ini masuk ke panggung.
Pada episod terbaru yang diberi tajuk “Suri Hati Encik Duda”, Jep telah memegang watak sebagai Yeop. Yeop ini ada menanam hasrat untuk berkahwin dengan rakannya sendiri iaitu Suri, yang dimainkan oleh Isyariana.
Hubungan mereka dikritik hebat oleh keluarga Suri memandangkan jarak umur Yeop yang telah pun senja.
DIVA AA JADI CAMEO, BUAT RAHIM DAN JEP TERGAMAM
Susana menjadi gamat apabila cameo mula masuk ke panggung. Menariknya cameo tersebut ialah Azwan Ali atau lebih dikenali Diva AA yang muncul ketika majlis pernikahan Yeop dan juga Suri. Hampir seluruh dewan riuh rendah dengan kemunculan mengejut ini.
Bukan hanya penonton, malah Jep dan juga Rahim seolah-olah tergamam. Ini kerana episod sebelumnya Jep ada meniru gaya Diva AA untuk mengusik Cik B.
Seperti orang ramai agak, gelagat Diva AA memang sama sahaja. Dia sebagai jurugambar yang diamanahkan mengambil gambar majlis perkahwinan masih lagi bersama selfie sticknya.
JEP MENYAKAT DIVA AA, NAK PANGGIL CIK B
Macam kita ketahui, Jep terkenal dengan sikap suka menyakat. Kali ini dia mengusik Diva AA yang mana ingin memanggil Cik B sekiranya Diva AA masih lagi berada di atas pentas sekali gus mencuit hati penonton.
“Kamu ni kalau tak keluar aku pnggil cik b karang” hahahahaha
*Tengok muka jep dgn rahim bila diva aa masuk set weh hahahaha* 🤣🤣 pic.twitter.com/aevdjUgh7Y
— itsmejoker (@amnfdhl__) March 6, 2020
Tidak dinafikan gelagat segerombolan Sepahtu ini membuatkan penonton tak kering gusi. Ada sahaja idea untuk menyakat cameo dan orang ramai.
Apa pun semoga maju jaya buat Sepahtu Reunion Live dan diharapkan rancangan sebegini diteruskan di masa depan bagi menghiburkan hati rakyat Malaysia khususnya.