Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Semua Perempuan Cantik Tu Bijak! Netizen Berang Kenyataan Syifa Melvin Perlekeh Setinggan & PPRT

Nama Syifa Melvin tiba-tiba jadi hangat di media sosial sejak akhir-akhir ini. Umum mengetahui bahawa Syifa individu yang rapat dengan pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Safawi Rasid.

SYIFA MELVIN RENDAHKAN STATUS GOLONGAN SETINGGAN DAN PPRT

Belum lagi reda dengan isu dirinya yang jadi punca kemerosotan prestasi Safawi di atas padang, Syifa Melvin sekali lagi membuatkan netizen kurang selesa dengannya apabila dia didakwa merendah-rendahkan golongan rumah setinggan dan juga PPRT.

Sumber Instagram

Kisah ini dikongsikan di laman Twitter yang mana video Syifa sedang mempromosikan turban yang sedang dipakainya.

Namun lain yang terjadi apabila ada satu ketika dalam video berkenaan, Syifa telah mengeluarkan kenyataan bahawa sesiapa yang memakai tuban tersebut, secara automatik akan kelihatan mahal biar pun hanya duduk di rumah setinggan atau PPRT.

SIAP KETAWA LAGI

Dapat diperhatikan dalam rakaman berkenaan menunjukkan Syifa dan seorang lagi individu bergelak ketawa dengan kenyataan tersebut.

Secara tidak langsung, dengan kenyataan Syifa ini mengundang rasa kurang selesa netizen dan menyifatkan ianya sebagai tindakan yang tidak beradab.

Dia seolah-olah telah merendahkan taraf golongan orang yang tidak berkemampuan yang mana tinggal di kawasan setinggan dan juga PPRT.

“Salah satu kurang minat dengan syifa ni, mulut harey sungguh. hina sangat ke duduk rumah setinggan, rumah ppr? sedar la kau pun mula dari telor. done judge.” Tulis salah seorang pengguna Twitter.

TAK SEMUA PEREMPUAN CANTIK TU BIJAK-JEP SEPAHTU

Melihat kepada ruangan komen, ramai netizen membasuh semula Syifa yang mana kita perlu bersyukur dengan rezeki dikurniakan. Sekurang-kurangnya golongan setinggan ini lebih menghargai dengan rezeki dan juga tidak pernah lupa diri.

Mereka turut memetik kata-kata daripada lawak Jep Sepahtu bahawa tak semua perempuan cantik itu bijak.

Sebagai individu berpengaruh, seharusnya Syifa lebih berhati-hati dalam membuat suatu kenyataan. Mungkin dia terlepas cakap atau pun sekadar gurauan, namun harus diingat kerana sikap tidak peka sebegini boleh mengundang perkara yang tidak diingini.

Semoga ia menjadi pengajaran buat kita agar lebih menghormati status kehidupan orang lain.

Kongsi artikel ini: