Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Tahu Bila Akan Sedar! Jibob Raja Lawak Terjatuh Dalam Bilik Air, Mengalami Pendrahan Dalam Kepala

Nama pelawak ini mungkin agak sugul berbanding yang lain. Namun dia sering kali memegang watak sampingan dalam banyak drama mahu pun filem.

Mohd Hamizi bin Hashim atau nama komersilnya Jibob Raja Lawak mula masuk industri hiburan menerusi rancangan Raja Lawak 5 bersama-sama kumpulan Bobo. Dan sejak dari situ lah dia mulakan kariernya sebagai pelakon.

Sumber Instagram

JIBOB JATUH BILIK AIR, ALAMI PENDRAHAN DALAM KEPALA

Difahamkan Jibob telah mengalami kecelakaan sewaktu berada di rumahnya. Dia yang diserang angin ahmar dan menyebabkan keadaan dirinya lmpuh separuh badan selepas dia terjatuh ketika berada dalam kamar mandi.

Kejadian ini diberitahu sendiri oleh isterinya iaitu Siti Aisyah. Pada pukul 1 pagi, Jibob ada memberitahu isterinya yang tangannya berasa sakit akibat terjatuh bilik air. Kemudian bila diajak untuk ke hospital, Jibob menolak dan ingin berehat seketika.

Sejam kemudian, dia mengejutkan isterinya dan didapati separuh dari badannya dah dapat bergerak. Lalu Aisyah terus menghubungi ambulans untuk dapatkan rawatan di Hospital Serdang.

Sumber Instagram

MASIH DALAM PEMANTAUAN UNIT ICU

Menurut laporan doktor, Jibob mengalami pendrahan dalam kepala dan terus dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani pembedhan membuang darah beku.

Jibob masih tidak sedarkan diri dan berada dalam Unit Rawatan Rapi (ICU) di HKL. Keadaan Jibob kini stabil setelah beberapa jam menjalani pembedhan.

Dalam pada itu, rakan artis iaitu Amir Raja Lawak ada memuat naik posting di Instagram beberapa jam yang lalu tentang kejadian menimpa Jibob ini.

Sumber Instagram

DOA YANG TERBAIK, SEMOGA KEMBALI SIHAT

Amir turut meminta orang ramai jangan terlalu cepat membuat spekulasi dan memohon orang ramai mendoakan yang baik sahaja dengan keadaan ditimpa Jibob ini.

Bagi yang berkemampuan, boleh lah hulurkan bantuan mahu pun sumbangan kepada keluarga Jibob agar dapat meringankan beban keluarganya.

Kesimpulannya, bermacam-macam penyakit yang dialami oleh masyarakat kita dewasa kini. Sebagai peringatan, sama-sama lah kita menjaga kesihatan dan mengawal kualiti permakanan yang diambil.

Kongsi artikel ini: