Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Harap Jadi Pengajaran! Isu Aliff Syukri & Anak Angkat Masih Berjalan, Dia Sudah Pun Ditahan. Ikuti Kenyataan Pihak Berkuasa

Mengambil anak angkat bukan lah perkara yang boleh dibuat main-main. Terbaru kisah ushawan selebriti menjadi topik hangat warganet gara-gara telah memkul anak angkatnya sehingga meninggalkan kesan.

Individu berkenaan ialah Dato’ Seri Aliff Syukri. Pembantu rumahnya tidak berdiam diri apabila tampil membuat laporan polis perihal kejadian.

ALIFF SYUKRI DITAHAN, KEMUDIAN DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS

Sejak semalam laporan polis berkenaan anak angkat Aliff Syukri heboh di media sosial. Dan pihak polis sedang menguruskan sisatan dan sedang mengumpul segala bukti berserta saksi yang ada.

ARTIKEL BERKAITAN: Tuhan Nak Tunjuk Sekejap Je! Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Wajah Mirip Anak Angkat Aliff Syukri

Difahamkan semalam pihak berkuasa telah pun menahan usahawan terkenal tersebut bagi membantu siasatan dakwaan mendra anak angkat perempuan yang berusia dua tahun.

Menurut Datuk Fadzil Ahmat iaitu Ketua Siasatan Jenyah Selangor memberitahu bahawa usahawan berkenaan dibebaskan dengan jaminan polis pada hari ini setelah siasatan di buat ke atasnya.

“Tangkapan telah dibuat ke atas Aliff Syukri semalam. Siasatan dijalankan dan dia dibebaskan dengan jaminan polis.” Ujar ringkas Fadzil.

AKAN MEMANGGIL SEMUA SAKSI DAN INDIVIDU TERLIBAT

Fadzil memberitahu pihaknya menerima suatu laporan polis dari seorang pembantu rumah warga Indonesia Sabtu lalu, memaklumkan yang Aliff mendra anak angkatnya.

Sehubungan kejadian, pihaknya sedang dalam proses penyiasatan dan akan memanggil semua saksi yang ada kaitan dengan kes ini. Tambahnya lagi, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2012.

Pihak polis juga telah merakam butiran yang dinyatakan oleh empat orang saksi dan juga beberapa individu lain yang berada di kediaman Aliff Syukri di Petaling Jaya.

ALIFF SYUKRI INGIN BUAT SIDANG MEDIA NAMUN DIBATALKAN

Mengikut aduan, difahamkan kanak-kanak berkenaan dipkul Aliff bagi merakam gelagat anak angkatnya menangis. Ianya bagi meraih tontonan umum.

Pihak Aliff ada memberitahu ingin mengadakan sidang media bagi menjelaskan perkara ini dan membersihkan namanya.

Walau bagaimanapun ia terpaksa dibatalkan atas alasan ingin memberi laluan kepada pihak berkuasa dalam membuat siasatan lanjut.

Semoga menjadi iktibar buat kita semua dalam memenuhi tanggungjawab sebagai ibu bapa. Seharusnya Aliff lebih berhati-hati dalam menyediakan konten rakamannya agar tidak melebih-lebih atau membinasakan diri sendiri kelak.

Kongsi artikel ini: