Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Bukan Mak Tak Restu! Video Ibu Safawi Rasid Buka Mulut, Titip Pesanan Buat Bakal Menantu Tarik Perhatian

Nama pemain bola skuad Johor Darul Ta’zim, iaitu Safawi Rasid atau selesa dipanggil Pawi hangat diperkatakan umum sejak akhir-akhir ini. Hubungan peribadi bersama kekasih hati antara punca kemerosotan Safawi di atas padang.

TMJ SOUND KEKASIH PAWI

Sejurus itu, Tuanku Ismail Sultan Ibrahim atau selesa disapa TMJ ada menegur kekasih Pawi, (rata-rata umum meneka Syifa Melvin) agar tidak mendesak pemain berkenaan untuk mendirikan rumah tangga dalam keadaan melulu-lulu.

Hal ini sedikit sebanyak mengganggu tumpuan Pawi ketika di atas padang. Tidak berdiam diri, Syifa tampil menjelaskan bahawa dia langsung tidak bersikap sedemikian dan tuduhan cuba membolot duit Pawi tidak benar sama sekali.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Kemaruk Duit Safawi Rasid! Syifa Melvin Tampil Beri Kenyataan Sebenar, Safawi Mohon Maaf

IBU PAWI BUKA MULUT

Terbaru, ibu Pawi tampil membuka mulut dan memberikan komen. Salemeh Abu Bakar seboleh-bolehnya inginkan anaknya fokus pada kerjaya bola sepak terlebih dahulu. Soal perkahwinan lupakan seketika agar prestasinya kembali baik.

Mengikut Salemeh, hubungan cinta antara Pawi dan Syifa sudah pun dia ketahui. Lagi pun Syifa pernah datang melawatnya sebanyak dua kali sebelum ini. Jujurnya ibu Pawi amat suka dengan keperibadian yang ditunjukkan oleh Syifa kepada keluarga.

Tambahnya lagi, Pawi ada menyatakan hasrat untuk menamatkan zaman bujang pada tiga minggu yang lepas. Namun sebolehnya dia lebih berharap Pawi beri tumpuan kepada kerjaya memandangkan dia antara pemain harapan.

FOKUS PADA KERJAYA, USIA MUDA BELUM SESUAI UNTUK JADI KETUA

Selesaikan dulu cita-cita yang dia impikan selama ini dan baru lah fikir soal kahwin. Menurut Salemeh lagi, Pawi baru berumur 23 tahun dan pada usia sebegini dia belum sesuai untuk memegang status ketua keluarga.

Walau bagaimanapun dia tidak menolak jika jodoh anaknya itu tiba lebih awal. Maklum lah semua percaturan terletak di tangan Tuhan. Hanya mampu berdoa agar anaknya sentiasa berjaya dan bahagia.

Bagi penulis, ada benarnya apa yang dijelaskan oleh ibu Pawi. Di usia yang muda ini, banyak lagi perkara yang perlu pemain ini perjuangkan. Apa pun sama-sama kita doa yang terbaik buat Pawi dan Syifa.

Kredit: Harian Metro

Kongsi artikel ini: