Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tuhan Nak Tunjuk Sekejap Je! Kanak-Kanak Jadi Mangsa Dera, Wajah Mirip Anak Angkat Aliff Syukri

Seperti mana penulis tekankan sebelum ini, anak adalah tanggungjawab penjaga. Mereka perlu di didik dengan kasih sayang serta ilmu bermanfaat agar membesar dengan baik.

Terkejut! Itu lah yang penulis rasakan apabila sejak malam tadi hangat isu usahwan kosmetik terkenal dikaitkan dengan kisah anak angkatnya. Difahamkan dia telah memkul anak angkatnya itu sehingga mendatangkan kecderaan pada badan.

PEMBANTU RUMAH BUAT LAPORAN

Kisah ini menarik perhatian umum setelah pembantu rumahnya sendiri yang tampil berani untuk membuat laporan polis perihal kejadian.

Melihat kepada laporan dari pembantu rumah berkenaan, kejadian itu berlaku ketika usahawan tersebut membuat rakaman video anak angkatnya sedang menangis.

Oleh kerana anak angkatnya tidak mengikut kata seperti mana yang diarahkan, maka usahawan tersebut tak semena-mena menaikkan tangan ke bahagian muka anak angkatnya.

MEMKUL MENGGUNAKAN KASUT

Tak cukup dengan itu, usahawan yang dimaksudkan telah memaksa pembantu rumahnya membawa anak angkat berkenaan ke ruangan bilik kasut. Ianya bertujuan untuk memkul kanak-kanak berkenaan.

Oleh kerana bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu, pembantu rumah enggan melakukannya lalu usahawan itu sendiri menggunakan kasut untuk memkul bahagian badan serta mencubit sehingga ada kesan.

Kejadian ini berlaku pada 28 Februari lepas. Pembantu rumah tersebut membuat laporan ini berikutan bimbang dirinya dituduh individu yang mencderakan kanak-kanak berkenaan walhal penjaga angkatnya sendiri bertindak sedemikian.

Pihak polis sedang menguruskan siasatan dan mengumpul semua bukti berserta saksi bagi kes ini. Dijangka kertas siasatan akan siap dalam minggu ini.

PIHAK POLIS SEDANG SIASAT, INDIVIDU DIMAKSUDKAN ALIFF SYUKRI

Melihat kepada perkongsian Facebook pada hari ini, seorang pengguna yang hanya dikenali Bunga Aprell ada berkongsikan gambar kanak-kanak yang bernasib malang. Difahamkan kanak-kanak tersebut adalah anak angkat Aliff Syukri iaitu Ameena.

Kesimpulannya, kita sebagai penjaga jangan lah terlalu ikutkan emosi dan kepentingan diri sendiri dengan menjadikan anak tempat melepaskan rasa geram. Tambahan si kecil itu adalah anak angkat yang mana tanggungjawabnya lagi besar.

Semoga kisah ini menjadi peringatan buat kita agar melayan anak sama rata dan adil kelak.

Kongsi artikel ini: