Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak akhir-akhir ini, isteri Da’i Farhan iaitu Noorainul Naqim Mohd Radzi menjadi bualan ramai. Ramalan ramai yang mengaitkan namanya dengan individu ditahan pihak berkuasa adalah benar.
DUA HARI DALAM TIRAI BESI, DR. ERIN DIBEBASKAN
Dia yang selesa disapa Dr Erin telah ditahan polis baru-baru ini di pejabatnya di Desa Melawati berikutan telah menipu seorang pelanggannya berhubung sijil halal dan juga sijil KKM untuk produk jamu.
Redha dengan kejadian menimpanya, Dr Erin menganggap ianya suatu ujian yang indah Allah berikan. Penahanan ini membuatkan dia sedar tentang nikmat sebenar sebagai hambaNya.
Sepanjang berada di sebalik tirai besi, dia telah mempelajari banyak perkara bersama-sama penghuni di dalamnya yang lain. Sekali gus menyedarkan diri bertapa kerdilnya hidup di atas muka bumi ini.
Sejurus keluar dari tahanan, dia dilihat ada memuat naik status di laman Instagram beberapa jam yang lepas menceritakan keadaan terkini dan juga perkara yang mengajar hidupnya itu.
TAK DA HAL MAKAN NASI DENGAN IKAN JACKET
TAK SEMUA RAKYAT MALAYSIA MAKAN DEDAK
Apa yang penting dalam perniagaan adalah kejujuran. Semoga Dr. Erin lebih berhati-hati dalam berurusan dengan pelanggan dan menjaga kualiti produk yang dijualnya kepada umum selepas ini.