Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) sudah pun diumumkan hari ini. Pelbagai cerita yang dipaparkan oleh pihak media berkaitan ragam pelajar yang menyambut kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan tersebut.
Ketahui lah bahawa dengan pelajaran sahaja yang mampu mengubah nasib seseorang itu. Dan peluang ini lah yang telah digunakan oleh Nurul Syuhada Rohaizad apabila dia telah diumumkan sebagai salah seorang pelajar cemerlang SPM 2019 di Sekolah Menengah Sains Kepala Batas.
PELAJARAN SAHAJA YANG MAMPU UBAH MASA DEPAN KELUARGA
Bukan sekadar mengharumkan nama sekolah, malah Syuhada turut telah membuatkan kedua ibu bapanya tersenyum lebar dengan keputusan yang dia peroleh.
Ini berikutan keluarganya bukan lah dari orang yang senang. Bapanya, Rohaizad Othman, 43 merupakan seorang penjual ikan dan ibunya pula Norliza Ali, 44 adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Jadi, pendapatan mereka sekeluarga tidak menentu kadang kalanya.
DAPAT 7A SEBAGAI HADIAH BUAT IBU DAN AYAHNYA
Disebabkan kehidupan bapanya yang bersusah payah menyara keluarga memberi kekuatan dan keazaman buat Syuhada untuk mengubah masa depan keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh.
Tambah Syuhada, dia berharap agar kejayaannya ini dapat memberi dorongan buat dua lagi adiknya agar turut jadikan pelajaran sebagai fokus utama.
Keputusan Syuhada yang mendapat 7A ini adalah hadiah paling bermakna buat ibu bapanya yang selama ini tidak pernah jemu memberi sokongan. Dia turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pendidik yang sentiasa beri tunjuk ajar dalam bilik darjah.
BANGUN 5 PAGI, SERING BERTUKAR PENDAPAT DENGAN RAKAN
Disapa berkaitan resepi kejayaan, Syuhada jelaskan kehidupan berasrama banyak memberi kelebihan. Suasana pembelajaran dan juga bertukar pendapat antara rakan adalah kaedah secara tidak langsung dalam memperoleh ilmu.
Bila berada di asrama, mereka terpaksa bangun seawal 5 pagi untuk mulakan rutin harian dan juga ulang kaji pelajaran.
Dalam pada itu, Syuhada ada merancang untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa. Minatnya yang mendalam dalam seni reka bentuk menjuruskan dia untuk menjadi seorang arkitek kelak.
Kesimpulannya, untuk berjaya memerlukan sikap rajin dan usaha yang bersungguh-sungguh. SPM bukan suatu pengakhiran hidup. Jika gagal dalam ujian ini, teruskan berusaha mencari peluang dalam pengajian yang lain.