Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Anak Azhar Sulaiman Banggakan Keluarga! Dapat 7A Dalam SPM, 1B Untuk Pendidikan Islam

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) adalah penentu masa depan! Itu lah yang sering kita gambarkan sewaktu menghadapi ujian di peringkat ini. Apa yang kita fikir saat itu, kalau gagal bermakna masa depan punah.

Kadang kala kita lupa bahawa rezeki itu datangnya dari Allah. Sekuat mana pun kita berusaha, kita perlu letakkan diri sebagai hamba dan memohon berkat dariNya.

ANAK AZHAR SULAIMAN PEROLEH KEPUTUSAN CEMERLANG DALAM SPM

Umum mengetahui bahawa hari ini merupakan hari yang paling berdebar buat pelajar SPM 2019. Keputusan yang diumumkan bakal membawa mereka ke haluan yang baru dan bakal memikul masa depan yang baru.

Bagi salah seorang anak selebriti iaitu Kasih Iris Leona yang merupakan anak bongsu kepada Azhar Sulaiman dapat menarik nafas lega. Dia telah pun memperoleh keputusan yang membanggakan dalam SPM iaitu 7A dan 1B+.

Berita kejayaan tersebut dikongsikan sendiri oleh Kasih menerusi laman Twitter beberapa jam yang lepas dengan memuat naik gambar dengan memegang slip keputusan SPMnya sambil tersenyum lebar.

DAPAT 7A, 1B BAGI PENDIDIKAN ISLAM

Difahamkan anak bongsu Azhar Sulaiman ini peroleh 7A dalam subjek Bahasa Melayu, Sejarah, Matematik, Bahasa Inggeris, Perakaunan, Sains dan Ekonomi. Manakala mendapat B+ dalam subjek Pendidikan Islam.

Biar pun gagal memperoleh kesemua cemerlang, dia sudah pun berasa sangat gembira dan memadai dengan keputusan yang dia peroleh hari ini.

Memandangkan sebelum ini Kasih gagal meraih cemerlang untuk subjek Akaun sepanjang mempelajarinya. Namun akhirnya rezeki memihak kepadanya dengan memperoleh A dalam SPM.

RAMAI YANG PUJI, CANTIK DAN BIJAK

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah buat Kasih kerana berjaya mengharumkan nama keluarga dengan pencapaian tersebut. Rata-rata mereka memuji Kasih yang bukan sekadar cantik malah turut bijak dalam pengajiannya.

Kita tidak dapat lari dari memuaskan hati semua pihak. Ada yang turut berkias mengenai keputusan subjek Pendidikan Islamnya yang gagal mendapat A.

Bagi penulis, B bukan bermaksud gagal. Perjalanan masih lagi jauh untuk adik-adik SPM perlu tempuhi. Jadikan ia suatu peluang dalam merebut masa depan yang lebih cerah.

Bagi yang mendapat keputusan yang kurang memberangsangkan, ini baru permulaan. Banyak lagi laluan yang boleh mengubah masa depan kita. Yang penting semangat untuk mengubah masa depan.

Kongsi artikel ini: