Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Obses Dgn Kekayaan Bapa! Najwa Mahiaddin Rendah Diri, Tak Tunjuk Mewah Walau Anak PM Ke-8 Dipuji Netizen

Nama artis ini mula perlahan di dalam industri muzik tanah air. Mungkin ada segelintir di antara kita tidak menyangka yang dia merupakan anak kepada Perdana Menteri Kelapan Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sumber Instagram

KERJAYA NYANYIAN NAJWA MAHIADDIN MULA PERLAHAN

Individu yang penulis maksudkan ialah Najwa Mahiaddin. Dia dilahirkan pada 26 April 1986 di Kuala Lumpur.Sepanjang kariernya sebagai penyanyi, Najwa pernah mendapat pengiktirafan Artis Baru Terbaik dan juga Lagu Inggeris Tempatan Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-18.

Lagu yang pernah dia nyanyikan dan masih lagi melekat dalam kepala penulis adalah Kau Yang Punya duet bersama Malique.

Pada 26 Mac 2015, Najwa telah mengambil keputusan untuk berkahwin dengan seorang pemuzik berketurunan cina Malaysia iaitu Idris Koh Keng Hui. Dan sejak itu, dia mula memperlahankan kerjaya nyanyian demi tumpuan kepada keluarga.

Sumber Instagram

TERIMA BANYAK UCAPAN ATAS LANTIKAN BAPANYA SEBAGAI PM

Terbaru, penyanyi cantik ini telah menerima ucapan tahniah dari orang ramai selepas ayahnya diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia pada 29 Februari lepas, menggantikan Tun Dr. Mahathir Mohammad.

Apa yang menariknya, ramai yang memuji keperibadian yang dimiliki oleh Najwa ini. Biar pun negara sedang sibuk berbicara soal politik, dia dilihat masih tenang dengan kehidupan tanpa masuk campur urusan ayahnya.

SEORANG RENDAH DIRI, TAK MASUK CAMPUR URUSAN POLITIK BAPA

Lihat sahaja ruangan instagram Najwa, dia hanya berkongsikan dengan peminat hal yang berkaitan kerjaya seni sahaja.

Boleh dikatakan seorang yang rendah diri. Jauh sekali untuk kita lihat dia menayangkan koleksi barangan berjenama ataupun percutian mewah seperti artis lain.

Sumber Instagram

Melihat kepada reaksi peminat, ramai yang kagum sikap Najwa Mahiaddin ini yang tidak taksub dengan kekayaan dimiliki. Rata-rata mereka “adore” dengan keperibadian anak Perdana Menteri Malaysia ini.

Akhir kata, penulis turut ingin mengambil kesempatan mengucapkan tahniah buat Najwa dan keluarga di atas perlantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai peneraju utama pentadbiran negara. Semoga mandat rakyat dapat dipenuhi seperti mana diamanahkan kepadanya.

Kongsi artikel ini: