Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Heboh hari ini apabila Tunku Ismail Sultan Ibrahim atau lebih selesa disapa TMJ memuat naik status di insta storynya berkaitan kemerosotan prestasi salah seorang pemain bola skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), iaitu Safawi Rasid.
TMJ BERKIAS, KEKASIH PUNCA SAFAWI MERUNDUM
Safawi kini yang dikatakan tengah hangat bermain cinta antara punca kepada prestasinya itu. Menurut TMJ, tindakan daripada kekasih Syafawi yang mendesak untuk berkahwin pada tahun ini sedikit sebanyak telah mengganggu tumpuan Safawi.
Susulan itu, peminat mula meneka individu yang TMJ maksudkan adalah Syifa Melvin memandangkan dia sememangnya ada hubungan istimewa dengan pemain bola berkenaan.
Setelah namanya hebat diperkatakan di media sosial, Syifa dilihat tidak mendiamkan diri malah turut memuat naik status untuk membalas segala persepsi orang ramai. Dia lantang menafikan punca kepada prestasi Safawi.
SYIFA CARI DUIT SENDIRI, TAK HARAPKAN SAFAWI
Malah, tindakan mengambil kesempatan terhadap kekayaan dimiliki Safawi langsung tidak berasas sama sekali. Jelas Syifa, selama ini dia berkerja keras sehingga tak cukup tidur semata-mata untuk perbelanjaan diri sendiri tanpa melibatkan orang lain.
Isu yang paksa untuk berkahwin juga Syifa turut menafikan. Dia tidak pernah untuk mendesak sedemikian rupa dan keliru kenapa perlu timbul isu ini.
Sehingga kini dia masih memberi sokongan buat Safawi untuk sentiasa tampil baik di atas padang bagi setiap perlawanan. Tegas Syifa, tidak adil jika prestasi di atas padang dilibatkan dengan hal peribadi.
Bahkan dia sendiri tak pernah usik kerjaya Safawi selama ini. Tambahnya lagi, dia sentiasa mendoakan kejayaan buat kerjaya yang Safawi ceburi.
SAFAWI MOHON MAAF
Dapat dilihat Safawi turut memuat naik status di laman Instagram beberapa jam yang lepas. Dia mohon maaf kepada peminat di atas prestasinya yang kian tidak menentu. Apa pun dia akan cuba lakukan sesuatu untuk menambah baik dalam perlawanan akan datang.
Semoga hubungan Safawi dan Syifa dapat diselesaikan cara baik. Diharapkan juga agar Safawi lebih fokus dan cuba mengelak dari terbawa-bawa urusan peribadi ke atas padang memandangkan perjalanan kariernya masih jauh.