Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Family Semua Dah Tahu! Sajat Tak Kisah Netizen Cuba Bongkar Jantinanya Kpd Kekasih Baru

Usahawan selebriti, Sajat sering kali menjadi isu dan buah mulut orang ramai. Belum reda kisah status jantinanya, muncul pula isu lakukan ibadah umrah dengan berpakaian wanita. Dan terbaru kisah peribadinya dengan Coah Yin.

Difahamkan dia dengan Coach Yin sudah pun membawa haluan masing-masing. Tidak lama memegang status solo, akhirnya Sajat menemui pengganti baru. Difahamkan jejaka yang dikenali sebagai Jad Issa atau selesa disapa Habibi berasal dari Lebanon.

ARTIKEL BERKAITAN: Pandai Ambil Hati! Buah Hati Baru Sajat Luang Masa Dengan Anak-Anak, Tunjuk Sikap Lelaki Mithali

Sumber Instagram

RAMAI DM KEKASIH SAJAT, CERITA KEADAAN SEBENAR

Sejak rapat dengan jejaka berkenaan, difahamkan netizen mula menghubungi Habibi bagi menceritakan perihal sebenar berkenaan situasi Sajat.

Beberapa jam yang lepas, Sajat ada memuat naik status di laman Instagramnya menceritakan usaha yang dilakukan orang ramai itu ibarat sia-sia sahaja.

Hal ini berikutan buah hatinya itu sudah pun mengenali dan sedia tahu segala hal berkaitan keluarga dan juga diri.

KEKASIH TAK KISAH, KELUARGA MASING-MASING DAH TERIMA

Malah dia berasa sangat gembira kerana Habibi menerima dia seadanya, tidak seperti mana netizen fikirkan.

“Omg ramai nya orang dm habibi i, beria ria nak bagi tahu i siapa!!! Untuk pengetahuan uols!! Habibi i tak heran pun korang nak cakap apa pasal nursajat!!! Dia tahu siapa i, family dia pun dah kenal i tau. I so happy because Habibi accept me no matter who i am!”
“Dont waste your time to dm or text my Habibi to tell everything about me. You don’t ever try to do like this because every single time he will always report at me screen shot and show to me what Malaysian people done to me.”
“Tak sangka Habibi i sejujur macam ni pada i wanita yg tak bersalah dalam dosa serba keadaan. Yang penting mak perempuan dan direstui antara dua negara! Orang lain kita TL (Tak Layan) jeeeeeeerrrrr!” Tulis panjang Sajat.
Sumber Instagram

Kesimpulannya, doa yang baik-baik sahaja buat mereka berdua. Baru sahaja balik dari umrah, sebaiknya figura ini harus tunjukkan contoh yang baik kepada umum.

Kongsi artikel ini: