Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Da’i Farhan Masih Setia Di Sisi! Isteri Lindungan Kaabah Ditahan Polis, Heboh Pula Video Bertelagah

Semalam penulis ada berkongsikan kisah seorang wanita berusia 40 tahun yang juga isteri kepada juara Da’i telah ditahan pihak berkuasa ketika dia berada di pejabatnya di Desa Melawati, Kuala Lumpur.

ISTERI DA’I KENA TAHAN PIHAK BERKUASA

Penahanan ini berikutan dipercayai telah menipu seorang pelanggan. Difahamkan mangsa telah ditipu oleh isteri da’i berkenaan yang berjanji untuk membantu dalam mendapatkan siji halal dan juga sijil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk produknya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tipu Pelanggan RM 11K, Gagal Pamer Sijil Halal Dan KKM! Isteri Juara Da’i Ditahan Pihak Berkuasa

Dianggarkan mangsa telah mengalami kerugian berjumlah RM 11, 000 namun sehingga hari ini isteri da’i masih gagal untuk menunaikan janjinya.

NAMA ISTERI MUTAWWIF FARHAN DISEBUT RAMAI

Hangat di media sosial mengatakan isteri da’i dan juga individu yang ditahan pihak berkuasa tersebut adalah isteri kedua kepada Mutawwif Farhan, Noorainul Naqim Mohd Radzi atau lebih dikenali sebagai Dr. Erin.

Belum reda dengan isu penahanan itu, hari ini heboh pula di Facebook memaparkan rakaman yang mana Dr. Erin sedang bertelagah dengan seorang wanita. Turut kelihatan di sampingnya adalah suami tercinta Mutawwif Farhan.

BERTELAGAH PULA DENGAN SEORANG WANITA

Video pertengkaran yang berlaku itu dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ika Kamaruddin yang turut berada di tempat kejadian.

Difahamkan kejadian bertelagah ini berpunca dari beberapa orang tetamu yang hadir dalam suatu majlis, yang mana telah mengalami keracunan makanan yakni makanan tersebut pula adalah daripada sumbangan Dr. Erin.

VIDEO PENUH KEJADIAN:

Video berkenaan telah mendapat lebih 7,000 jumlah tontonan sehingga artikel ini ditulis.

Apa pun semoga urusan Mutawwif Farhan dan isteri dipermudahkan urusan. Diharapkan kejadian ini mengingatkan mereka serta memberi pengajaran tentang pentingnya sijil halal dan juga KKM dalam urusan perniagaan kesihatan dan juga kosmetik yang mereka usahakan.

Sumber: Facebook Ika Kamaruddin

Kongsi artikel ini: