Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Unik & Berani! Pasangan India Pilih Utk Bersanding Ikut Adat Melayu Tarik Perhatian. Ikuti Kisah Mereka

Majlis perkahwinan antara perkara yang dinanti-nantikan oleh ramai pasangan. Ia adalah hari bersejarah yang mana dua hati menjadi satu dan terpaksa memikul tanggungjawab yang lebih berat lagi.

Antara yang menjadi igauan banyak pasangan yang ingin berkahwin adalah persiapan untuk menjadi raja sehari. Mengikut kajian juga, ramai anak muda sanggup berhabis wang ringgit semata-mata ingin tampil gah di hari persandingan.

Unik dan kreatif! Itu lah yang dapat digambarkan kepada pasangan ini yang mana tampil dengan nilai tersendiri apabila memilih konsep adat melayu di majlis perkahwinan mereka.

PASANGAN INDIA PILIH TEMA MELAYU DI MAJLIS PERKAHWINAN

Apa yang menariknya adalah pasangan ini adalah berbangsa India namun mereka mengambil risiko untuk tampil kelainan pada hari bersejarah mereka.

Berita keunikan pasangan ini telah dikongsikan oleh Halaman Facebook Penang Kini sejak semalam sekali gus mendapat perhatian ramai warganet. Difahamkan majlis mereka telah diadakan di Kepala Batas.

Pasangan Remaathi Palani dan Thanaseelan telahpun memilih persalinan songket dan juga tema adat melayu sewaktu persandingan, menampakkan tiada langsung perbezaan kaum dalam diri.

Tak kurang hebatnya apabila pasangan ini turut berjaya diiktiraf sebagai Malaysia Book of Record. Ini berikutan persalinan perkahwinan mereka diliputi reben sepanjang 407.75 meter.

JAMU TETAMU DENGAN MASAKAN MELAYU

Bukan sekadar persalinan dan juga pelamin sahaja mengikut adat melayu. Bahkan hidangan makanan yang dijamu buat tetamu turut terdiri dari masakan melayu.

Kredit NESI Studios

BANGGA ADA RAKYAT MALAYSIA YANG MEMILIKI SIFAT PERPADUAN YANG TINGGI

Melihat kepada reaksi netizen, ramai berasa bangga dengan pasangan ini kerana mencerminkan sikap perpaduan dalam diri yang sangat tinggi. Bukan mudah untuk sesuatu bangsa itu membuat keputusan untuk tampil sebegini di hari bahagia.

Kredit NESI Studios

Mereka turut sempat meninggalkan ucapan tahniah buat pasangan ini dan mendoakan hubungan suami isteri berkekalan hingga ke anak cucu.

Semoga kisah pasangan Remaathi Palani dan Thanaseelan menjadi inspirasi buat masyarakat kita yang hidup dalam berbilang bangsa. Kehidupan saling menghormati akan mewujudkan suasana yang aman damai.

Kredit: Facebook Penang Kini

Kongsi artikel ini: