Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Semakin hari semakin banyak produk kecantikan mahu pun kesihatan yang mula wujud dipasaran. Ianya berikutan permintaan dari pengguna yang sangat tinggi. Namun kita sebagai pengguna harus lah bijak dalam membuat urusan pembelian.
BANYAK PRODUK TANPA KELULUSAN DI PASARAN
Ini kerana produk yang ada di pasaran belum pasti dari segi keberkesanan dan juga kualitinya. Dan yang paling penting produk yang dibeli perlu ada sijil halal dan juga kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jika tidak, yang menanggung kesan buruknya adalah diri kita sendiri. Produk-produk sebegini tidak dapat lari dari bentuk kandungan kimia yang tak terkawal. Jadi ianya mampu memudaratkan organ dalaman ataupun luaran tubuh badan.
Terbaru, seorang wanita berusia 40 tahun difahamkan telah ditahan pihak polis. Hal ini dipercayai wujudnya unsur penipuan terhadap seorang pelanggannya.
ISTERI JUARA DA’I DITAHAN POLIS
Dipercayai wanita tersebut merupakan isteri kepada juara program Da’i. Dia telah ditahan semalam ketika berada di pejabatnya yang terletak di Desa Melawati, Kuala Lumpur.
Pelanggannya itu membuat laporan polis sejak Oktober tahun lepas lagi. Menurut sumber, mangsa pernah berurusan dengan wanita berkenaan sejak tahun 2017 dalam mendapatkan sijil halal dan juga KKM bagi produk jamu.
AMBIL RM 11K NAMUN PROSES KELULUSAN MASIH BELUM DIBUAT
Mangsa juga telah membuat bayaran RM 11,000 kepada wanita tersebut untuk melengkapkan proses permohonan sijil. Namun sehingga hari ini ianya masih belum berjalan.
Demikian merasakan tertipu dengan helah tersebut menyebabkan dia tampil membuat laporan polis.
Siasatan lanjut sedang dilakukan berhubung kes ini dan pihak polis sedang mendapatkan perintah reman terhadap suspek.
Walau bagaimanapun usaha untuk mendapatkan penjelasan dari wanita tersebut dan juga suaminya yang bergelar Da’i masih lagi gagal berhubung perkara ini.
Natijahnya, semoga kita dilindungi daripada makanan-makanan yang tidak baik untuk tubuh badan dan juga perkara yang mendatangkan kemudaratan. Diharapkan pengguna lebih berwaspada dalam membuat pemilihan makanan kesihatan.