Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bunga Citra Lestari (BCL) akhirnya muncul di hadapan penonton sejak beberapa hari lepas. Ramai peminat mula gusar dengan aktres cantik ini apabila dia dilihat lebih banyak mendiamkan diri dan sugul semenjak pemergian suaminya.
Sejak semalam, heboh di media sosial apabila BCL sebak dan menangis sewaktu mendengar nyanyian dari Judika dalam Rancangan Result & Reunion Show Indonesian Idol X. Peminat turut bersimpati melihat BCL yang tidak dapat menahan perasaan sedihnya itu.
BCL TERESAK-ESAK MENANGIS, TAK DAPAT TAHAN PERASAAN
Air mata tidak henti-henti membasahi pipi di saat korus lagu Tak Mungkin Bersama, seolah-olah memberi gambaran keadaan terkini yang dilalui cintanya bersama Allahyarham Ashraf Sinclair.
Walau bagaimanapun, tidak semua peminat bersetuju dengan pihak yang menganjurkan program berkenaan. Mereka menyifatkan bahawa penganjur sengaja menggunakan BCL dengan keadaan semasanya semata-mata untuk menaikkan rating racangan.
AMBIL KESEMPATAN DI ATAS KESEMPITAN BCL
Ibarat mengambil kesempatan di atas kesempitan orang lain. BCL yang masih lagi terkejut dengan kehilangan suami, sudah pasti akan terkesan dengan nyanyian tersebut. Seharusnya pihak produksi membantu agar BCL lebih ceria dan bukan sebaliknya.
Dapat dilihat BCL cuba untuk melawan rasa sedihnya namun apa kan daya, rasa rindu melampaui segala-galanya. Umum sudah pun mengetahui bertapa kuatnya rasa cinta dan sayang BCL terhadap suami.
Sehingga kan dahulu dia pernah memberitahu umum bahawa dia tidak dapat gambarkan bagaimana keadaan dirinya tanpa Ashraf Sinclair di sisi.
MOHON LEBIH PEKA, JANGAN SEMATA-MATA KEJAR RATING
Melihat kepada reaksi peminat, mereka melontarkan pendapat bahawa pihak produksi seharusnya lebih peka dengan keadaan yang dialami oleh BCL. Ianya lebih profesional sekiranya rancangan sebegitu menyediakan konten santai berbanding membawa aura sedih.
Diharapkan pihak penyiaran atau pun produksi televisyen mengambil iktibar dengan suara peminat. Kadang kala ada baiknya teguran sebegini memandangkan individu terbabit masih sukar untuk move on.