Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Che Ta Tolak Tawaran, Tak Sanggup Disolek Jadi Tua! Bukan Memilih Pun, Ikuti Penjelasan Sebenarnya

Nama Rozita Che Wan atau pun lebih selesa disapa Che Ta tidak perlu diperkenalkan lagi. Dia antara selebriti yang cukup pandai menggunakan peluang mengusahakan perniagaan menggunakan populariti yang dimiliki.

Melihat kepada kerjaya lakonan pelakon cantik ini, dia dilihat lebih berhati-hati membuat pilihan watak dan juga jalan cerita lakonan. Disebabkan ini lah kita jarang lihat dia muncul di kaca tv, namun jangan salah faham ianya bukan faktor tidak laku atau tidak relevan.

Sumber Instagram

CHE TA TOLAK TAWARAN YANG MINTANYA DISOLEK TUA

Terbaru, Che Ta ada menyatakan pendirian dirinya yang tidak akan menerima apa-apa tawaran yang mana menuntutnya untuk disolek menjadi lebih tua dari usianya yang sebenar.

Jelas Che Ta, watak sedemikian sepatutnya diberi peluang kepada pelakon yang lebih sesuai menggalas tugas tersebut yakni mereka yang veteran. Ini juga selaras dalam mengimbangi kerjaya lakonan setiap anak seni.

Sumber Instagram

BERI KESAN PENDAPATAN PELAKON VETERAN

Baru lah masing-masing ada kerja dan dapat jana pendapatan seiring dengan peredaran zaman. Tambah Che Ta, jika watak tua diberikan kepada orang yang tak sepatutnya, kesannya adalah kepada pelakon veteran.

Mereka akan hilang kerja dan tidak dapat tawaran berlakon pula. Jadi watak apa yang perlu mereka bawakan kelak.

Dalam pada itu, Che Ta ada memberitahu yang dia bukan tidak dapat menerima usianya semakin meningkat. Dia langsung tak kisah untuk diberi watak nenek sekalipun. Cuma mintanya enggan disolek lebih tua dari usia sebenar.

Sumber Instagram

TAK KISAH WATAK NENEK, JANJI JANGAN SOLEK TUA

“Saya okay saja untuk menjayakan karakter nenek. Lagipun itulah realitinya saya sekarang sudah ada anak-anak yang besar.” Jelas Che Ta.

Ianya juga selaras dengan tuntutan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Datuk Hans Isaac sebelum ini yang melarang pelakon muda mengenakan solekan watak orang tua. Larangan ini bermula sejak awal Januari lepas.

Bila difikirkan balik, ada baiknya juga larangan ini dibuat bagi menjamin kerjaya dan juga masa depan pelakon senior. Apa pun yang penting kita sentiasa menyokong kerjaya dan bakat lakonan mereka ini.

Kongsi artikel ini: