Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Kisah keruntuhan rumah tangga amat sinonim dengan masyarakat kita sejak akhir-akhir ini. Wujudnya individu ketiga dalam suatu hubungan dianggap perkara biasa walhal ianya perlu dipandang berat.
RUNTUH RUMAH TANGGA DIANGGAP BIASA
Ramai pakar motivasi cuba mencari punca dan solusi untuk individu ketiga ini yang sanggup menjadi asbab musnahnya kebahagiaan orang lain. Dan antara puncanya adalah ingin orang lain turut merasai deriita yang pernah dia lalui.
Adil kah untuk lakukan perkara sedemikian? Seharusnya kita sebagai manusia perlu wujud timbang rasa dan muhasabah diri di atas punca kegagalan rumahtangga sebelumnya. Bukan bina bahagia di atas air mata orang lain.
FATIN AFEEFA MASIH HUBUNGI ORANG YANG SAMA
Situasi ini sangat kena dengan seorang selebriti cantik tanah air iaitu Fatin Afeefa. Seolah-olah tidak serik dengan sejarah lampau, dia didakwa menjalinkan hubungan dengan suami orang, yang mana individu sama dengan kisah kontrovesinya dulu.
Kisah ini dibongkarkan sendiri oleh isteri lelaki berkenaan menerusi laman Twitter yang menggelarkan diri sebagai Mag. Dia menceritakan bahawa sehingga hari ini Fatin masih lagi menghubungi suaminya.
KUAT BERDRAMA KALAU TAK DILAYAN
Dalam pendedahan tersebut, Mag ada memberitahu yang dia cukup kecewa dengan Fatin yang sanggup merosakkan rumah tangga orang lain demi kepentingan sediri. Malah dia seorang yang kuat berdrama sekiranya suami Mag tidak melayannya.
Mag juga ada memberitahu bahawa Fatin ada mengajak suaminya untuk datang ke kediaman di Fennal. Sikap Fatin ini ditunjuk sendiri oleh Mag menerusi perbualan dengan suaminya di whatsapp.
MASIH TIADA PENJELASAN DI PIHAK FATIN
Walau bagaimanapun, sehingga saat ini Fatin dilihat masih mengunci mulut tentang isu ini. Semoga Fatin dapat memberikan penjelasan yang baik terhadap pendedahan ini agar tidak timbul isu salah faham.
Semoga diri kita dihindari dari kisah-kisah cinta tidak segi sebegini. Tetapkan pendirian dan hati ini untuk setia pada yang satu.