Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Cinta sejati bukannya mudah untuk dicari. Ianya lahir dari hati yang ikhlas tanpa kita sedari. Itu lah cinta yang ditunjukkan oleh Bunga Citra Lestari (BCL) buat Allahyarham suaminya, Ashraf Sinclair.
Berita pemergian Ashraf merupakan suatu tamparan hebat yang perlu dihadapi oleh BCL. Ianya memberi kesan sehingga hari ini apabila dia sering dilihat dalam kesedihan, seolah-olah tidak menyangka kisah cinta mereka dipisahkan oleh ajall.
BCL SELESAI BUAT DUA PERSEMBAHAN SEJAK PEMERGIAN SUAMI
Lumrah sebagai manusia kita tidak dapat lari dari perasaan sedih dan kecewa. Apa yang pasti kita perlu kuat untuk teruskan saki baki hidup sebagai hambaNya.
Setelah lama berdiam diri, akhirnya beberapa hari lepas BCL tampil di khalayak umum membuat persembahan di SQ Dome, Indonesia semenjak pemergian Ashraf.
Persembahannya cukup menyayat hati dan menjentik hati ramai penonton apabila dilihat air mata mambasahi pipi, tidak dapat menahan sebak.
Pada hari kemudiannya, BCL membuat kemunculan kedua pada konsert penyanyi terkenal Hollywood, iaitu Ronan Keating di Pullman Jakarta Centre Park. Bukan mudah untuk BCL membawakan lagu pada acara berkenaan memandangkan hati masih berasa gelisah.
TERUS ZIARAH PUSARA SUAMI
Seusai menjalankan tanggungjawab sebagai penghibur, BCL dilihat kembali ke pusara Ashraf yang terletak di San Diego Hills bagi mengubati rasa rindu yang terbuku di hati. BCL turut ditemani oleh anak tunggalnya, Noah yang sering berada di sisi.
Perkembangan BCL ini dikongsikan oleh temannya menerusi laman Instagram semalam. Kelihatan wajah penyanyi dan pelakon ini begitu sugul memandang tepat ke arah pusara suami. Dapat dirasakan perasaan rindu yang tak terungkap menerusi gambar yang dikongsikan tersebut kepada umum.
SENTUH HATI NETIZEN
Melihat kepada reaksi netizen, ramai yang bersimpati dengan keadaan BCL yang seolah-olah masih terkejut dengan takdirnya. Walau bagaimanapun mereka sempat menitipkan doa agar BCL dan Noah terus kuat dan sabar dengan ujian ini.
Sama-sama kita titipkan doa agar Allahyarham tenang di sana dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman hendakNya. Semoga kisah cinta BCL dan Ashraf menjadi inspirasi buat kita semua juga.
Kredit: Instagram emmymuchlis