Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Kreatif Cara Didikan Si Ibu! Video Ibu Denda Si Kecil Bergelek Sambil Menangis Buat Netizen Terhibur

Menjadi ibu bapa bukan suatu hal yang mudah. Dengan rasa tanggungjawab dan juga kasih sayang baru lah didikan boleh disampaikan kepada anak-anak dengan cara yang baik dan mereka dapat membesar dengan sihat.

BUKAN SENANG NAK KAWAL EMOSI BILA ANAK MERAGAM

Bercerita perihal anak, kita dapat lihat bermacam ragam telatah mereka ini. Kadang kala ada sahaja perkara yang mereka buat sehingga kan menduga amarah si penjaganya. Di sini lah sikap sabar diuji agar si ibu atau ayah tidak bersikap kasar dengan si kecil.

Bayangkan dengan keadaan penat bekerja, tiba-tiba si abang mengusik si adik. Sudah pasti ianya mengundangkan rasa geram.

MOMEN KELAKAR, IBU DENDA ANAK UNTUK BERGELEK

Terbaru, ada seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Fahad Iman berkongsikan momen lucu yang mana si ibu boleh menukar aura geram kepada sesuatu yang menghiburkan. Difahamkan si abang telah mengusik adiknya.

Kalau penjaga lain rasanya dah ketuk kepala abang tu. Tapi lain pula ibunya lakukan apabila mendenda si abang untuk bergelek atas kesalahan yang dilakukan.

Melihat sahaja reaksi warganet, ramai yang terhibur melihat cara didikan daripada penjaga ini. Tidak dinafikan yang bukan mudah mengawal rasa geram dan amarah. Kiranya idea kreatif wanita ini boleh dijadikan contoh.

RAMAI BERIKAN REAKSI POSITIF

Ini kerana dengan didikan sebegini, si kecil tidak akan berasa tertekan dengan rasa sakit fizikal. Ianya lebih kepada emosi si kecil itu sendiri yang mana lebih ingat dengan kesalahan dilakukan berbanding rasa dendam.

Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan telah pun mendapat lebih daripada 500,000 jumlah tontontan. Rata-rata warganet memberikan reaksi positif dan terhibur dengan denda yang dikenakan oleh ibunya.

Natijahnya, ibu bapa adalah corak kepada pembesaran anak-anak. Jadi, kawal lah emosi agar ianya tidak memberikan kesan buruk kepada anak-anak kelak.

Kredit: Twitter Fahad Iman

Kongsi artikel ini: