Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Rezeki Allah ni datangnya dalam bermacam-macam cara. Ada yang diberikan limpahan harta dan ada pula rezekinya didatangkan dengan kesihatan yang berpanjangan. Yang penting kita perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang dimiliki.
Bagi Fasha Sandha pula, dia pernah diuji dalam hal perkahwinan namun dia tidak memandang itu suatu kerugian buatnya. Malah memandang ujian tersebut bukan suatu rezeki dan positif dengan apa yang terjadi.
FASHA SANDHA BAKAL TIMANG CAHAYA MATA
Dia telah pun menemui pengganti dan bahagia bersama pasangan baru iaitu Aidil Aziz. Mereka kini sedang menunggu hari untuk menimang cahaya perempuan tidak lama lagi. Apa yang menariknya adalah hubungan Fasha dan ibu mertua, Rokkiah Md Noor.
Rezeki Fasha hadir apabila dianugerahkan ibu mertua yang baik. Mereka dilihat dah seperti ibu dan anak kandung. Ianya dikongsikan sendiri oleh Fasha Sandha menerusi laman Instagram beberapa jam yang lepas.
SIFATKAN IBU MERTUA TERBAIK DI DUNIA
Dia menyifatkan ibu mertuanya adalah yang paling terbaik di dunia ini dan sangat bersyukur dengan rezeki kurniaan tersebut.
Seperti kita ketahui, bukan mudah untuk miliki mertua yang memahami kedua-dua belah pihak. Sudah pasti bila dapat yang sekepala ataupun terima kita seadanya merupakan perkara yang paling terindah dalam sesuatu perkahwinan.
PEMINAT CEMBURU, DAPAT MERTUA BAIK ADALAH SUATU REZEKI
Menjengah ke ruangan komen, ramai peminatnya memberikan reaksi positif. Ada yang cemburu melihat kebahagiaan yang Fasha miliki memandangkan memikat ibu mertua bukan lah suatu hal yang mudah.
Rata-rata mereka mendoakan agar hubungan baik antara mereka ini berkekalan sampai bila-bila dan menjadikan rumah tangga yang dibina lebih diberkati.
Natijahnya, dapat mertua yang baik adalah suatu rezeki yang sangat besar. Ia melibatkan hubungan suami isteri kelak. Apa pun sebagai menantu yang baik, kita perlu lah pandai untuk mengambil hati dan tunjukkan sikap kasih dan sayang kepada mereka yang lebih berumur.