Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Si Kecil Pun Faham Erti Rindu! Isteri Fad Kongsi Momen Anak Abam Bila Tengok Gambar Ayah, Sentuh Perasaan Ramai

Kisah pemergian pelawak terkenal dan juga ahli kumpulan Bocey iaitu Abam telah mendapat liputan yang sangat meluas. Ramai yang tidak menyangka Allahyarham akan pergi seawal ini.

Sejak hari pertama pemergiannya sehingga lah hari ini, ada sahaja kisah-kisah kebaikan yang pernah dilakukan oleh arwh sehingga kan keluarga sendiri tidak tahu bertapa besarnya amalan yang pernah dia lakukan selama hayatnya.

KUBUR ALLAHYARHAM SERING BASAH

Dah masuk hari ke 20 pemergian Abam. Namun sehingga hari ini masih ramai individu atau pun orang yang tidak dikenali datang menziarahi kubur. Melihat sahaja keadaan kubur Allahyarham, ianya sering sahaja basah menandakan ada yang datang melawat serta menyiramnya.

Hebat sungguh amalanmu Abam! Rakan baiknya iaitu Fad dan Achey ada berjanji bahawa sentiasa melawat kubur Abam dan juga si kecil Allahyarham iaitu Hamzah agar dia tidak berasa kehilangan rasa kasih dan sayang.

FAD DAN ACHEY MELAWAT ANAK ABAM, HAMZAH

Dan terbaru, Fad dan Achey ada berjumpa dengan Hamzah malam tadi. Biar pun sibuk dengan urusan kerja, mereka dilihat sempat meluangkan masa untuk melawat biar pun jam telah menunjukkan pukul 12 tengah malam.

“Alhamdulillah, semalam pukul 12 pagi kami sampai sabak bernam. Walaupon jauh, lapang nye hati dapat tengok anakanda kami si Hamzah bambam ni. Gagah ibu dia kata hamzah tak nak tidur, tunggu sampai kami sampai, pukul 4 pagi ye sampai rumah.”
“Dulu ayah hamzah je balik kampung kan, sekarang dady, mumy, ayah achey dan mama pulak balik kampung. nanti kami datang lagi dan sekarang saya nak start panggil hamzah ABAM.” Kongsi Fad di Instagramnya.

SI KECIL DAH FAHAM ERTI RINDU

Dalam pada itu, isteri Fad iaitu Syaheera turut berkongsikan pengalaman yang mana si kecil Hamzah ini memberikan reaksi tercari-cari ayahnya. Bila ibunya, Hidayah menunjukkan gambar Abam menerusi telefon, dia terus menarik dan mencium gambar tersebut.

Aksi si kecil yang kenal erti rindu ini telah membuatkan Syaheera dan yang lain terdiam dan juga berasa sangat sayu dengan momen tersebut.

Semoga ikatan keluarga yang mereka bina ini terus berkekalan. Semoga kasih sayang buat Hamzah juga dapat diteruskan oleh Hidayah dan juga rakan-rakannya yang lain agar dapat terus membesar dengan baik.

Kongsi artikel ini: