Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Aksi Comel Dan Lawak Je! Video Parodi Sherry Al Hadad Ini Berjaya Tarik Perhatian Peminat

Generasi masa kini harus bersyukur kerana dilahirkan di zaman penuh teknologi. Lihat sahaja perkembangan masa kini, denga bantuan teknologi kita mampu merentasi dan mengetahui perkembangan semasa dengan pantas.

Antara inovasi yang terkait dengan teknologi adalah aplikasi yang wujud di telefon pintar. Aplikasi-aplikasi ini lah yang memainkan peranan dalam membina rangkaian serta pengaruhnya kepada pengguna.

TIKTOK SEMAKIN MENDAPAT TEMPAT

Aplikasi yang kian mendapat sambutan kini adalah TikTok. Lihat sahaja di media sosial kini, bermacam lapisan masyarakat menggunakan TikTok sebagai medium untuk menghasilkan video-video kreatif.

Ianya bukan sahaja diminati oleh para remaja bahkan selebriti tanah air juga tidak ketinggalan untuk menjadikan TikTok ini sebagai medium hiburan bagi meraih pengikutnya sendiri.

SHERRY AL HADAD BUAT PARODI TIKTOK

Sherry Al Hadad enggan ketinggalan dengan TikTok ini. Umum mengetahui pelakon dan pengacara ini merupakan individu yang sangat versatil dan memiliki humor tersendiri.

Dan terbaru dia ada memuat naik video TikTok versinya sendiri, versi ala-ala parodi. Ianya turut dikongsikan di laman Instagram beberapa jam yang lepas. Secara peribadi, ini adalah gelagat Sherry yang sangat comel dan paling masuk air.

JOGET GUNA MUZIK DARI MULUT SEDIRI

Bila takda TikTok maka terhasil lah video joget Suling Sakti Spongebob yang mana muzik dihasilkan manual menerusi mulut dan begini lah hasilnya.

Perkongsian video Sherry ini mendapat banyak reaksi dari rakan artis dan juga pengikutnya. Ramai yang terhibur dengan momen dia membuat muzik dengan mulut sendiri. Mereka turut memuji kecomelan lenggok badan Sherry ini.

Ternyata kesan TikTok ini sangat meluaskan sehingga hari ini. Namun harus diingat segala cabaran yang dimuat naik serta video yang dihasilkan biar lah kena dengan budaya kita dan juga sebagai tontonan umum.

Kongsi artikel ini: