Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Dpt Tahan Rasa Sebak! Nyanyian Penuh Makna, Inilah Kemunculan Pertama BCL Semenjak Pemergian Suami

Kehilangan orang tersayang merupakan perkara yang paling perit untuk diterima. Itu lah yang dihadapi oleh Bunga Citra Lestari (BCL) setelah hampir dua minggu permergian suami tercinta.

RAMAI INGIN LIHAT BCL BANGKIT

Berita pemergian Ashraf Sinclair mengejutkan dunia hiburan dan juga ramai peminat. Allahyarham sebelum ini dilaporkan sihat dan tidak pernah mengalami gejala sakit, dengan tiba-tiba pergi disebabkan masalah jantung.

ARTIKEL BERKAITAN: Tanpa Diduga, Pelakon Ashraf Sinclair Kembali Ke Rahmatullah! Rakan Artis Titip Ucapan Buat Bunga Citra Lestari

Semenjak pemergian Ashraf, BCL dilihat mengalami kemurungan dan mendiamkan diri sahaja. Hampir beberapa hari dia tidak dapat melelapkan mata, terkejut dengan keadaan menimpa dirinya.

Walau bagaimanapun, kita sebagai manusia perlu meneruskan kehidupan seperti biasa. Yang penting sentiasa titipkan doa dan niat bersedekah untuk membantu amalan arwh.

PERSEMBAHAN PERTAMA SEMENJAK PEMERGIAN SUAMI

Biar masih menanggung hiba, BCL perlu bangkit dan mengetepikan seketika perasaannya itu. Ramai yang ingin lihat wanita ini bangkit kembali ke atas pentas untuk meneruskan kerjaya seni.

Terbaru dia berjaya tampil membuat persembahan di SQ Dome untuk Friday Fusion yang berlangsung pada malam tadi.

BCL sempat untuk tampil senyum ketika menyampaikan beberapa buah lagu di hadapan penonton. Jelas kelihatan dia tidak dapat mengawal perasaan apabila menitiskan air mata sewaktu bernyanyi.

Ujarnya, pentas tersebut memberikan seribu makna buatnya dan juga Allahyarham suami tercinta. Bukan mudah untuk mengawal situasi dengan emosi sebegini.

RAKAN ARTIS CUBA TENANGKAN SUASANA

Lihat sahaja gambar yang dimuat naik di media sosial, raut wajah BCL amat merindui dan teringat segala hal bersama suami. Namun rakan-rakan artis dan juga peminat terus memberikan sokongan agar dia dapat melalui ujian ini sebaiknya.

Rakan artis yang turut sama di atas pentas memberikan kata-kata semangat bagi meredakan keadaan.

Indah melihat kisah cinta pasangan ini. Itu lah kehidupan yang mana Tuhan lebih mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Diharapkan BCL tampil lebih bersemangat dan jadikan kenangan kisah cinta sebagai jalan untuk bangkit.

Kongsi artikel ini: