Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tak Tunggu Lama! Tasha Shilla Sah Bergelar Isteri. Majlis Ringkas Tapi Penuh Makna Tarik Perhatian

Tasha Shilla atau nama sebenarnya Natasha Sheila binti Abdul Razak dilahirkan pada 25 Januari 1987 di Ampang, Selangor. Dia mula kerjaya sebagai pelakon sejak kecil lagi iaitu ketika umurnya 12 tahun menerusi sitkom Spanar Jaya.

Namun namanya mula dikenali sejak dia menyertai Dewi Remaja 2005/06 yang mana turut disertai oleh Scha Al-Yahya. Sejak dari situ lah dia mula mengembangkan bakat dalam bidang lakonan dan berjaya menawan hati ramai penerbit tv.

KEMURUNGAN 2 TAHUN SETELAH GAGAL BERCINTA

Bercerita soal peribadi, pelakon cantik ini pernah gagal dalam bercinta. Seingat penulis, pada tahun 2013 dia pernah bercinta dengan Hans Wong namun berpisah pada 2015. Sejak dari situ Tasha mengakui dirinya mengalami depresi dan sukar untuk tidur selama dua tahun.

Menjadikan kisah lama sebagai pengajaran akhirnya Tasha dilihat berjumpa dengan pengganti hati apabila memilih untuk bertunang dengan Muhammad Atiq Idris yang juga merupakan pakar kewangan pada 23 Februari lepas.

SELAMAT BERGELAR ISTERI SELEPAS SEMINGGU BERTUNANG

Setelah seminggu mengikat tali pertunangan, pasangan ini sah bergelar suami isteri pada pagi tadi. Difahamkan mereka dinikahkan sendiri oleh bapa Tasha dan menerima mas kahwin berjumlah RM 800.

Pernikahan mereka ini diadakan di Dewan Utama, Masjid Wilayah Persekutuan yang mana kedua mereka dilihat sama cantik dan sama padan apabila mengenakan set pakaian serba putih.

MAJLIS SEDERHANA, DIHADIRI AHLI KELUARGA

Manakala majlis yang diadakan sangat sederhana. Ianya hanya dihadiri oleh ahli keluarga masing-masing. Sehingga kini belum ada maklumat lanjut berkenaan majlis resepi.

Diharapkan dengan perkahwinan yang dibina ini dirahmati dan menemui kebahagiaan seperti mana diharapkan. Perselisihan faham adalah adat resam dalam rumah tangga, dan diharapkan mereka mampu menjalaninya dengan baik.

Tahniah penulis ucapkan kepada Tasha dan suami. Jarang untuk kita lihat selebriti berkahwin dalam keadaan agak sederhana sebegini. Semoga ianya menjadi contoh buat kita yang mana menghalalkan sesuatu lebih penting daripada sifat riak.

Kredit: cstproduction

Kongsi artikel ini: