Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Baru-baru ini muncul kisah kemelut antara Ali Puteh dan juga balu Abam Bocey yang mana wujudnya salah faham gara-gara pembahagian harta. Ianya bermula dengan temubual Aliff Syukri dan juga balu Abam, Hidayah.
Disebabkan itu, Ali Puteh dengan keadaan marah dan tanpa berfikir panjang telah memuat naik status yang menimbulkan banyak salah faham netizen. Kemudiannya, Ali tampil membuat sidang media memohon maaf dan menjelaskan keadaan sebenar menimpa mereka sekeluarga.
MENANTU LANGSUNG TIDAK MENGHUBUNGI
Antara individu yang terkesan dengan kejadian ini ialah ibu kepada arwh Abam, Sabariah Arshad. Dia memberitahu sehingga kini di tidak dapat berhubung dengan menantunya rentetan isu yang terjadi antara keluarga mereka.
Walau bagaimana pun dia enggan memikirkan kontroversi yang berlaku. Apa yang berlegar dalam fikirannya adalah memikirkan nasib selepas perginya anak yang diharapkan selama ini.
MUNGKIN TAK ADA NOMBOR
Jelasnya lagi, mungkin menantu tidak menghubunginya kerana tak ada nombor dan begitu juga dengan mak cik Sabariah yang menyatakan hanya memiliki nombor-nombor anak sahaja dalam telefon bimbit.
ENGGAN ULAS ISU MENANTU KELUAR RUMAH, ANAK JADI KEUTAMAAN
Bertanyakan soal Hidayah keluar rumah tempoh hari ketika dalam edah, dia enggan memberikan apa-apa komen tindakan menantunya itu. Kerana apa yang lagi penting memikirkan dan menguruskan hal anaknya yang sudah pergi.
Justeru, semoga keluarga mereka ini dapat bersatu secara baik kelak. diharapkan kemelut yang terjadi ini memberikan mereka seribu makna dalam erti kata lain lebih berhati-hati dalam menjaga urusan kekeluargaan.
Kredit: Youtube Budiey Channel