Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sebelum ini penulis ada berkongsikan kisah usahawan kosmetik Dato’ Seri Aliff Syukri yang mana dia meminta pendapat netizen berkaitan liputan secara langsung tentang kemelut politik tanah air.
SIAPA YANG KENA TEMU BUAL, MAHATHIR ATAU ANWAR?
Enggan ketinggalan, dia mempersoal dengan siapa dia patut temu bual sama ada Tun Dr. Mahathir ataupun Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Aliff Syukri dilihat tercari-cari jawapan dan cara yang betul untuk mendekati dua tokoh politik ini agar ianya dapat direalisasikan.
DSV KRITIK TINDAKAN ALIFF SYUKRI
Sikap dan tabiat Aliff Syukri yang mula ingin jadi ‘wartawan’ ini mendapat perhatian rakan seperniagaan iaitu Dato’ Seri Vida (DSV). DSV dengan lantangnya mengkritik tindakan Aliff Syukri yang dilihat masih tidak puas dengan apa yang dimiliki kini.
Menerusi laman Instagram, DSV berpesan kepada Aliff Syukri agar fokuskan sahaja pada perniagaan yang diusahakan. Tidak perlu masuk campur urusan wartawan ataupun Perdana Menteri. Hal ini kerana dia telah pun memiliki segalanya dari segi harta dan kemewahan.
PM IKAT TEPI BOLEH LAH
Walau bagaimanapun teguran yang dibuat DSV ini lebih bersifat gurauan semata-mata dan hanya ingin mengusik rakan seperjuangan.
Bagi penulis, ada baiknya juga DSV menegur dalam nada begini. Ianya dilihat lebih santai dan mungkin diterima baik oleh Aliff Syukri sendiri dalam lebih berhati-hati di masa depan.
Kredit: Instagram Dato’ Seri Vida