Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Tabik Dgn Semangat Kerja Petugas Media, Sanggup Berpanas! Siti Sarah Turun Padang Agih Minuman Depan Istana

Kemelut pentadbiran tanah air masih menjadi tanda tanya ramai pihak. Berikutan ini, ramai petugas media mula berkampung di perkarangan Istana Negara bagi menyalurkan maklumat terkini kepada masyarakat perihal perkembangan semasa.

Ternyata usaha petugas media dan wartawan ini buka suatu perkara yang mudah. Mereka sanggup berpanas dan juga mengikat perut bagi menjamin berita disampaikan dengan cepat kepada kita semua.

BERPUSU-PUSU SYARIKAT HULURKAN BANTUAN DEPAN PINTU ISTANA

Lantaran itu, usaha mereka mendapat perhatian KDYMM Baginda Agong apabila mereka ini diberikan makanan sebagai tanda menghargai usaha kerja keras.

Sejurus berita kebaikan yang disampaikan oleh baginda Agong ini, berpusu-pusu syarikat perniagaan lain mula membuat kerja yang sama dan menyediakan bantuan makanan serta minuman.

Tidak melepaskan peluang apabila selebriti iaitu Siti Sarah turut sama meluangkan masa untuk melihat sendiri tugas yang dilakukan oleh pengamal media. Hampir dua jam lebih Siti Sarah berada di hadapan pintu Istana Negara.

SARAH KAGUM DENGAN PETUGAS MEDIA, SANGGUP BERPANAS

Melihat kepada ketabahan mereka ini, Siti Sarah menzahirkan rasa kagum dan juga menghormati dengan pihak wartawan yang sanggup berpanas untuk mendapatkan berita dan juga keadaan semasa politik tanah air.

Jelas Sarah, dia tabik dengan semangat kerja yang ditampilkan mereka ini tak kira lelaki mahupun perempuan yang sangat komited dengan kerja tanpa langsung tidak berganjak dari pintu Istana.

Apa yang mereka lakukan bukan suatu perkara yang mudah dan sewajarnya kita sebagai masyarakat perlu menghargai usaha mereka ini. Sudah pasti tanpa mereka, berita tidak akan dapat disampaikan secara tepat kepada masyarakat terutamanya.

SARAH TURUT HULURKAN BANTUAN MINUMAN

Sehubungan dengan itu, sebagai ucapan penghargaan, Sarah dilihat membawa mimunam jenama Bubble Bee dan juga Stik Madu untuk diberikan kepada petugas media, wartawan dan juga anggota keselamatan.

Sekurang-kurangnya dapat menghilangkan rasa dahaga yang terpaksa mereka lalui sepanjang membuat liputan.

Berada di hadapan pintu Istana Negara membuatkan Sarah belajar tentang sesuatu perkara baru. Setiap kerja yang dilakukan mempunyai dugaan masing-masing yang penting rasa tanggungjawab dalam menggalas tugasan tersebut.

Justeru, kita patut bersyukur kerana hidup dalam negara berpelembagaan seperti Malaysia. Meski pun pentadbiran masih hura-hara, kita masih ada KDYMM Baginda Agong untuk menjamin kesejahteraan rakyat.

Kongsi artikel ini: