Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Selamatkan Orang Miskin, Anak Yatim & Orang Muda! Ebit Lew Titip Doa Untuk Keadaan Semasa Negara

Sejak akhir-akhir ini, buka sahaja media sosial sudah pasti masalah pentadbiran negara menjadi topik utama dan bualan ramai pihak. Tidak dinafikan susulan perletakan jawatan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri sedikit sebanyak menambah kegusaran rakyat.

KEADAAN MASIH TERKAWAL

Biar pun begitu, saat ini keadaan masih lagi terkawal tanpa adengan-adengan yang tidak diingini berlaku. Walau pun begitu, kita jangan cepat berpuas hati kerana ianya mungkin mampu menggugat perpaduan yang sedang kita kecapi kini.

Keadaan begini hanya ada di tanah air kita sahaja. Jadi seharusnya kita patut rasa bertuah dan bersyukur dengan keamanan yang kita rasai. Ramai individu berpengaruh meminta agar orang ramai titipkan doa dengan perkembangan terkini.

USTAZ EBIT LEW TITIP DOA AGAR RAHMATI LAH NEGARA KITA

Dan terbaru iailah Ustaz Ebit Lew yang turut mengambil kesempatan berdoa agar negara kita sentiasa kekal aman dan dielakkan dari berlakunya konflik politik. Ianya disampaikan menerusi posting di Facebook beberapa jam yang lepas.

“Ya Allah selamatkanlah Negara kami Malaysia yang tercinta. Ya Allah satukanlah hati kami semua dalam kebaikan dan semakin dekat padaMu.”
“Rahmatilah negara kami. Berkatilah Negara kami. Selamatkanlah orang miskin dan anak yatim. Selamatkan anak-anak muda kami. Kuatkanlah Islam ini dan jadikan semuanya asbab hidayah.” Titip doa dari Ustaz Ebit Lew.
Sumber Facebook

JANGAN PANDANG MUDAH, EKONOMI MULA TERKESAN KEJATUHAN MATA WANG

Seharusnya perkara ini tidak boleh dipandang enteng. Lihat sahaja kesannya terhadap ekonomi Malaysia, dalam beberapa hari sahaja ia telah menjejaskan dalam pelaburan yang agak besar kerana kurang keyakinan pelabur luar ke atas negara kita.

Posting yang dimuat naik Ebit Lew ini secara tidak langsung telah mendapat banyak reaksi positif dari pengguna media sosial. Rata-rata mereka mengaminkan doanya dan sempat meluahkan rasa gerun dengan keadaan semasa yang menimpa kita.

Sumber Facebook

Kesimpulannya, jangan lah kita terlalu leka atau alpa dengan nikmat yang Allah kurniakan. Semoga negara kita terhindar dari perkara buruk mahu pun pentadbiran yang kucar kacir. Sama-sama lah kita titipkan doa untuk kesejahteraan semua.

Kongsi artikel ini: