Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Nabil Yg Hyper Pun Tak Dapat Catch Up Energy Kak Lina! Peminat Sokong Elly Mazlein Jadi Hos Tetap MeleTOP

Elly Mazlein atau lebih selesa disapa sebagai Kak Lina Pom Pom baru sahaja selamat mendirikan rumah tangga baru-baru ini. Tidak dinafikan yang dia antara pelakon yang boleh dikatakan masuk air.

ELLY MAZLEIN JADI HOS JEMPUTAN MELETOP

Lihat sahaja lakonannya dalam drama Kampung People membuatkan drama tersebut memiliki pengikut sendiri dan trending di media sosial gara-gara watak nakal Kak Lina.

Terbaru, Kak Lina telah dijemput sebagai hos dirancangan MeleTOP untuk digandingkan bersama Nabil Ahmad pada selasa lepas.

Tanpa diduga dengan kehadiran Kak Lina ini membuatkan suasana menjadi lebih meriah dan gamat dengan perangai nakalnya.

AKSI ELLY MAZLEIN MENCUIT HATI PADA CABARAN SULING SAKTI SPONGEBOB

Tanpa rasa kekok, seolah-olah Kak Lina sudah pun biasa dalam mengendalikan program tersebut. Sikap kelakar yang sememangnya wujud dalam diri menjadikan rancangan MeleTOP kali ini luar biasa.

Mana tidaknya apabila segmen temubual bersama finalis terkini Hero Remaja 2020, Kak Lina memaparkan aksi yang mencuit hati dalam cabaran joget Suling Sakti Spongebob.

Secara tidak langsung, segmen tersebut dimuat naik di channel Youtube telah meraih lebih 600,000 tontonan sehingga hari ini.

RAMAI PEMINAT INGINKAN ELLY MAZLEIN JADI HOS TETAP

Melihat kepada reaksi penonton, ramai yang menyokong agar Kak Lina diberi peluang agar menjadi hos tetap untuk digandingkan bersama Nabil Ahmad memandangkan kedua mereka dilihat selamba dan serasi bersama.

Mereka juga meninggalkan komen positif apabila memberitahu yang semangat dan aura Kak Lina lebih kuat berbanding Nabil. Seperti kita ketahui Nabil yang sebelum ini hyper pun tak mampu catch up energy Kak Lina pada kali ini.

Kesimpulannya, kehadiran Kak Lina pada kali ini dianggap paling diminati ramai. Ternyata masyarakat kita lebih cenderung dengan rancangan yang santai dan bukan kepada yang lebih serius atau pun formal.

Kongsi artikel ini: