Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Mana Pergi Suara Demi Rakyat? Muzik Video Akhir Zaman Bunkface Tarik Perhatian, Kena Situasi Semasa

Kumpulan punk rock Bunkface pernah mencetuskan fenomena sehingga memiliki pengikutnya sendiri sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2005. Kumpulan ini terdiri dari Sam Baharom, Farouk Jaafar, dan Ahmad Farhan.

Mereka mula dikenali menerusi lagu Silly Lily dan juga Situasi sehingga kan lagu mereka ini kerap diputarkan di semua corong radio. Namun sejak akhir-akhir ini nama mereka mula perlahan disebabkan peralihan permintaan peminat terhadap muzik.

BUNKFACE TAMPIL DENGAN KARYA BARU

Sesuai dengan permintaan semasa, akhirnya Bunkface tampil dengan karya terbaru mereka menerusi lagu Akhir Zaman.

Difahamkan lagu tersebut telah dimuat naik di channel Youtube dan sehingga kini telah pun meraih lebih daripada 90,000 tontonan.

Lagu mereka ini mula menjadi perhatian dek kerana bait-bait lirik dilihat ditujukan khas dengan situasi semasa yang sedang melanda negara kita.

BAIT LAGU MENJURUS KE ARAH TEGURAN

Dapat diperhatikan lirik yang mereka hasilkan lebih kepada politik negara dan juga masalah hubungan terlarang.

Secara tidak langsung ianya mengundang netizen untuk ketahui dengan lebih jelas maksud tersirat disebalik lagu yang ingin mereka sampaikan.

AKHIR ZAMAN BY BUNKFACE:

Hey Ho Ayuh!
Engkau agamamu, Aku agamaku,
Semua haram mahu jadi halal,
Engkau agamamu, Aku agamaku,
Demi masa sila guna akal
Jawab di sini lepas,
Jawab di sana belum tentu lepas,
Dulu hebat kini dah berkarat,
Semua bangsat sudah pun mendarat,
Mana pergi, mana pergi, mana pergi suara demi rakyat,
Mana pergi,
Engkau agamamu, Aku agamaku,
Korupsi kita perlu kasi hapus,
Engkau agamamu, Aku agamaku,
L68T, boleh pergi mampos
Jawab di sini lepas,
Jawab di sana belum tentu lepas,
Dulu hebat kini dah berkarat,
Semua bangsat sudah pun mendarat,
Mana pergi, mana pergi, mana pergi semua duit rakyat.

Sehingga kini pelbagai respon yang ditujukan oleh netizen. Ada yang menyokong dan ada juga yang menetang karya mereka ini. Apa pun tak salah rasanya untuk kita tegur perkara yang baik dalam penyampaian sebegini. Selamat maju jaya buat Bunkface kerana tampil berani.

Kongsi artikel ini: