Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

TERKINI: Intan Najuwa Sah Putus Tunang Dengan Ahli Perniagaan!

Kisah antara pelakon kecil molek Intan Najuwa Abdul Wahid dan juga encik tunangnya yang juga seorang ahli perniagaan, Razrul Anwar sering kali menjadi perhatian. Kisahnya menjadi bualan berikutan sikap terbuka Intan dengan rakan pelakon lelaki yang lain.

Sebelum ini, aksi mesranya bersama Idris Khan dan juga Zul Ariffin telah menimbulkan rasa kurang selesa peminat memandangkan dia adalah tunangan orang dan perlu jaga batas.

ARTIKEL BERKAITAN: Lain pula jadinya! Tunang Intan Najuwa luah rasa kecewa, cinta tanpa hormat tidak kekal lama

Berkaitan isu gambar mesra Intan,  mereka berdua menafikan wujudnya konflik dalam hubungan. Masing-masing dilihat masih mempertahankan status tunang daripada terlerai di tengah jalan.

Walau bagaimanapun setelah sekian lama berteka teki tentang hubungan kedua mereka ini, terbaru Intan Najuwa mengesahkan bahawa ikatan pertunangan bersama Razrul sudah pun berakhir.

Ianya dilakukan setelah hasil persetujuan kedua-dua belah pihak. Jelas Intan Najuwa lagi, dia menganggap bahawa tiada jodoh antara mereka berdua. Antara punca lain yang didedahkan adalah tiada lagi persefahaman yang menyebabkan mereka bersetuju dengan keputusan ini.

Dalam pada itu, Intan juga enggan Razrul terpalit dengan kontroversi memandangkan bekas tunangnya itu bukan lah dari aliran hiburan. Akan ada perkara yang dia tidak akan faham.

Intan tidak mahu mengulas panjang mengenai kegagalan hubungan pertunangannya ini. Hal berpisah biarlah hanya mereka berdua sahaja yang tahu.

Cuma perkongsian ini bagi menjelaskan keadaan sebenar status antara mereka berdua dan tidak mahu hidup Razrul terus terpalit dengan namanya di masa depan.

Sebelum ini mereka berdua dilihat sudah pun bermasalah. Dengan tindakan Intan yang menyekat Razrul di instagram malah turut memadam gambar bekas tunangnya, seolah-olah ada sesuatu di antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada sesuata yang tak kena! Intan Najuwa dilihat memadam gambar tunang, unfollow di IG

“Apa yang berlaku di luar kuasa saya. Kami hanya mampu merancang tapi Tuhan yang lebih menentukan.” Jelas ringkas Intan.

Semoga Intan dan Razrul tabah dalam menghadapi dugaan ini. Semoga kisah percintaan dan proses bertunang mematangkan mereka berdua dalam soal jodoh.

Kongsi artikel ini: