Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Hidup berpasangan sebagai suami isteri sudah pasti tidak dapat lari dari dugaan. Ianya sama seperti ombak di laut. Kadang kala tenang dan ada ketikanya bergelora.
Yang dapat menjamin keharmonian rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Suami adalah ketua keluarga manakala isteri pulang tulang belakang kepada suaminya.
SETIA BERSAMA BIAR BERMACAM DUGAAN DIHADAPI
Cuba lihat kisah rumah tangga orang terdahulu. Berpuluh-puluh tahun mereka dapat hidup aman damai mengalahkan pasangan baru bercinta. Ini semua adalah disebabkan masing-masing sudah pun kenal hati budi dan saling menerima kelemahan diri.
Kita ketepikan faktor politik buat sementara. Lihat sahaja hubungan dan kesetiaan yang ditunjukkan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail terhadap suaminya. Masih setia dan kekal di sisi suami saat jatuh mahu pun bangun.
Terbaru, Dr. Wan Azizah menarik perhatian orang ramai apabila statusnya di Twitter beberapa jam yang lalu perihal suami, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
TITIP KATA-KATA ROMANTIS BUAT SUAMI
Dia telah menitipkan ucapan sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-40 tahun. Dedikasi istimewa tersebut di atas kesetiaan hubungan mereka selama ini biar pun pelbagai dugaan yang telah ditempuhi.
Status dimuat naik tersebut secara tidak langsung menarik ramai warganet untuk sama-sama mengucapkan tahniah buat figura ini yang masih kekal romantik dan setia antara satu sama lain.
JALANKAN KERJA TANPA TERCALIT MANA-MANA KONTROVERSI
Sudah pasti Datuk Seri Wan Azizah ini perlu dijadikan contoh buat para wanita di luar sana. Keluarga adalah keutamaan dan jaga dengan penuh tanggungjawab. Lihat sahaja kisahnya lebih kepada fokus bekerja tanpa langsung ada mana-mana kontroversi yang terpalit.
Dia masih berusaha untuk mengharungi liku-liku sebagai ahli kabinet sejak usianya masih muda hingga la saat ini.
Sesungguhnya setia itu mahal. Kita mungkin mampu untuk berkahwin namun belum tentu mampu untuk bertahan dalam usia perkahwinan tersebut.
Kredit: Twitter Datuk Seri Dr. Wan Azizah