Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Nama penerbit terkenal, Datuk A. Aida hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini. Kisahnya bermula dengan kegagalan rumah tangganya bersama aktor kacak, Ariff Aziz.
Kemudian tak lama selepas itu A. Aida membuat kejutan di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) apabila dia tampil tidak mengenakan hijab lagi.
Jelas A. Aida, sebelum ini dia bertudung adalah disebabkan permintaan suami dan patuh sebagai isteri. Akui penerbit ini, dia sudah membuka tudung sejak beberapa bulan yang lalu lagi.
TUJUH LELAKI CUBA MENDAMPINGI, INGINKAN YANG SADO DAN ADA SIX PACK
Tak terhenti di situ, baru-baru ini dia ada mendedahkan sejak kembali freehair sebenarnya ramai lelaki yang cuba mendekati. Dikhabarkan tujuh orang lelaki cuba mendampingi A. Aida cuma dirinya sahaja yang belum bersedia.
Tak kurang hebatnya apabila ada di antara peminat yang menyamakan A. Aida persis J-Lo dan memiliki bentuk badan idaman ramai wanita. Dia memberitahu bukan mudah untuk memiliki aset sebegini, semuanya berkat usaha ke gym.
Terdahulu, dia ada menyatakan mana-mana lelaki yang dambakan cintanya perlu lah memenuhi citarasanya dahulu iaitu mesti berbadan sado dan juga memiliki six pack. Kesimpulannya, lelaki berperut boroi lupakan jela hasrat untuk memiliki hati A. Aida ni.
MUNCUL DITEMANI JEJAKA SADO
Dalam perkembangan terbaru, A. Aida ada membuat kemunculan bersama jejaka sado di Konsert Romantikan Datuk Awie. Sekali gus ia mencetuskan tanda tanya ramai pihak mengenai status terkini.
Ada yang beranggapan bahawa lelaki ini antara sebab A. Aida menolak 7 lelaki yang cuba mendampingi sebelumnya.
Enggan berahsia lagi, dia mengakui bahawa sedang dalam proses berkenalan dengan jejaka berkenaan. Semuanya masih awal untuk didedahkan. Cuma apa yang dia boleh katakan masih di peringkat awal dan dalam fasa mengenali hati budi.
JURANG UMUR BUKAN PENGHALANG BUAT A. AIDA
Apa pun dia enggan tergopoh gapah menamatkan zaman solonya. Yang menjadi keutamaan adalah perniagaan yang sedang diusahakan dan juga anak-anak. Tapi kalau dah jodoh dia tak menolak.
Bertanya perihal jarak umur, dia tidak kisah usia lelaki berkenaan yang boleh dikatakan jauh lebih muda darinya. Umur bukan suatu penghalang yang penting rasa selesa dan wujud persefahaman dengannya.
Desas desus mengatakan jejaka yang sedang rapat dengan A. Aida ini adalah jurulatih peribadi di gym yang dia sedang bermain. Namun dia enggan mengulas panjang identiti lelaki berkenaan.
Semoga A. Aida dipertemukan dengan individu yang mampu menjaga dia dan juga keluarga. Diharapkan hubungan mereka menemui titik bahagia seperti diharapkan.