Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Buku Bertemu Ruas! Rasa Terhina Dengan Kenyataan, Ustaz Abu Syafiq Ingin Saman Aliff Syukri 1 Bilion

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri tak pernah serik dengan kisah-kisah kontroversi. Sebelum ini dia telah mengadakan sidang media berkaitan dirinya yang terpalit dengan keluarga Ali Puteh berkenaan temu bualnya bersama balu arwh Abam.

ALIFF INGIN AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP USTAZ ABU SYAFIQ

Justeru, sidang media dilakukan atas dasar menjelaskan perkara sebenar bagi pihaknya dan juga membuat permohonan maaf kepada Ali serta keluarga di atas tindakannya terdahulu.

Walau bagaimanapun, lain pula yang jadi tumpuan apabila ketika sidang media itu berlangsung, Aliff Syukri turut memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ustaz Abu Syafiq.

SIDANG MEDIA DARI PIHAK ALIFF:

PRODUK KELUARANNYA TELAH MENDAPAT KELULUSAN

Mengikut Aliff Syukri, hal ini berikutan Ustaz Abu Syafiq telah memuat naik status berbaur fitnh terhadap produk yang dia hasilkan. Tambahnya lagi, dia tidak kisah orang lain ingin memburukkan dirinya tetapi jangan sentuh isu produk yang dia keluarkan.

Dalam kenyataan Aliff, produk yang dikeluarkan oleh syarikatnya telah pun mendapat kelulusan tak seperti dinyatakan oleh Ustaz Abu Syafiq.

KENYATAAN USTAZ ABU SYAFIQ BERHUBUNG PRODUK ALIFF SYUKRI:

Enggan berdiam diri, Ustaz Abu Syafiq ada memberikan maklum balas berkenaan tindakan undang-undang seperti mana diberitahu Aliff. Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Facebook, dia langsung tidak gentar dengan tuntutan oleh Aliff.

USTAZ ABU SYAFIQ ADA BUKTI, INGIN SAMAN ALIFF 1 BILION

Bahkan segala kenyataan yang dikeluarkan oleh Ustaz Abu Syafiq sebenarnya disertakan dengan bukti, terutama produk yang dia nyatakan. Dia juga merasakan seolah-olah Aliff telah mencabar dan menghina kewibawaannya.

Dilihat dia juga menuntut untuk menyamn Aliff Syukri sebanyak satu billion ringgit gara-gara tindakan yang dianggap telah menghinanya.

Bagai buku bertemu dengan ruas! Itu lah yang dapat digambarkan terhadap Aliff Syukri yang mana sebelum ini dia dilihat sangat berani untuk melakukan segala hal. Dengan tindakan tersebut membuatkan Ustaz Abu Syafiq tercabar dan langsung tidak gentar.

VIDEO KENYATAAN USTAZ ABU SYAFIQ:

Dalam pengakhiran video, Ustaz Abu Syafiq membuat keputusan ini bukan lah untuk mengejar publisti atau pun beradu tenaga. Ianya lebih kepada memberi didikan dan juga pengajaran agar menjaga adab serta lidah.

Natijahnya, semoga kedua figura ini dapat berdamai dan bersemuka secara baik agar ianya tidak berpanjangan.

Kredit: Facebook Malaysia Gazette, Ustaz Abu Syafiq

Kongsi artikel ini: