Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

[VIDEO] Bila Raja Berjiwa Rakyat! Semalam KFC, Harini Agong Sendiri Hulur McD Depan Istana

Perkembangan politik tanah air menjadi topik utama di setiap media massa. Ianya masih menjadi tanda tanya ramai pihak tentang masa depan negara dan pentadbiran bakal diterajui kelak.

PETUGAS MEDIA KOMITED, SANGGUP BERLAPAR UNTUK MEMBUAT LIPUTAN

Secara tidak langsung untuk mendapatkan perkembangan lanjut, berpuluh petugas media berkampung di hadapan istana bagi mendapatkan liputan tentang kerajaan baru Malaysia.

Ada pihak wartawan yang berhempas pulas dan sanggup berlapar dengan hanya beralaskan makanan ringan bagi memberikan maklumat terbaik buat kita.

Namun, dalam kegusaran ini kita patut bersyukur kerana masih dikurniakan pemimpin yang berjiwa rakyat dan pemurah.

Dalam kepenatan mengerah keringat untuk menyampaikan berita buat masyarakat, difahamkan semalam pihak wartawan telah menerima makanan KFC daripada KDYMM Baginda Agong sebagai tanda menghargai usaha mereka.

BAGINDA AGONG MENCEMAR DULI HULUR MCDONALD KEPADA WARTAWAN

Hari ini sekali lagi baginda memberi kejutan apabila belanja pihak wartawan dengan makanan McDonald pula. Berbezanya kali ini adalah baginda sendiri berkenan untuk mencemar duli menyampaikan makanan tersebut kepada petugas media di pintu masuk Istana Negara.

Dapat dilihat menerusi rakaman video baginda yang diiringi pegawai-pegawai istana menghulurkan makanan sambil turut menjamah sekali.

Rentetan dari video ini, ramai netizen meninggalkan komen positif dengan kemuliaan yang ditunjukkan oleh Baginda Agong.

CONTOH BAIK, RAMAI SAYANG DENGAN PUCUK PIMPINAN AGONG

Mereka menyatakan tindakan baginda bukan sahaja memberikan contoh yang baik malah dapat menimbulkan rasa hormat-menghormati antara kita dan wujudnya perasaan sayang terhadap pucuk pimpinan baginda.

TONOTN VIDEO DI SINI:

Sehingga kini masih belum ada perkembagan mengenai kerajaan baru yang bakal mentadbir tanah air. Terdahulu Tun Dr. Mahathir Mohamad disahkan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia sekali gus terbubarnya jawatan-jawatan menteri yang lain.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan untuk melantik Tun Dr. Mahathir sebagai Perdana Menteri Interim sehingga lah Perdana Menteri ke-8 dilantik.

Justeru, sama-sama kita titipkan doa agar pentadbiran baru yang bakal diterajui kelak dapat meneruskan mandat rakyat dengan adil dan saksama.

Kredit: Astro Awani

Kongsi artikel ini: