Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Setelah dua kali “kehilangan”, Sari Yanti Umum Bakal Terima Orang Baru Dalam Keluarga

Rasanya tidak lengap suatu perkahwinan itu tanpa kehadiran cahaya mata. Ramai antara kita dambakan keluarga bahagia dengan kehadiran cahaya mata sebagai pengikat kasih dan sayang.

Jelas lah bahawa pentingnya anak terletak pada tanggungjawab. Dengan kehadiran mereka membuatkan pasangan kita menjadi lebih matang dan bertanggungjawab kepada keluarga.

JEP DAN SARI YANTI SAMBUT ULANG TAHUN KE-3 DENGAN BERITA GEMBIRA

Baru-baru ini, pasangan selebriti kegemaran ramai iaitu Jep Sepahtu dan juga Sari Yanti menyambut ulang tahun ketiga perkahwinan mereka.

Sempena majlis ulang tahun yang disambut, Sari Yanti turut mendedahkan yang dia sedang berbadan dua.

Berita baik ini turut disampaikan pelakon berusia 35 tahun ini menerusi laman instagramnya dengan meluahkan rasa syukur tak terhingga bakal dikurniakan cahaya mata yang keempat. Difahamkan kandungan Sari Yanti kini sudahpun mencecah usia enam bulan.

“Esok anniversary kami yang ke 3. Ya Allah rahmatilah perkahwinan jepsepahtu dan sariyanti di dunia hingga akhirat. Amin.”
“Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru.. InsyaAllah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga.”

WALAU RAMBUT JEP PANJANG, KASIH SAYANG TETAP SAMA

“Kakak tak penah kisah jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband jepsepahtu.”
“Happy 3rd Anniversary. Nota kaki : my 6th pregnancy.” Tulis panjang Sari Yanti.

Melihat sahaja reaksi peminat, ramai yang turut teruja dengan berita baik dari Sari Yanti ini. Ramai antara mereka titipkan ucapan tahniah dan mendoakan pasangan ini kekal bahagia sentiasa.

Tahniah penulis ucapkan buat Jep dan juga Sari Yanti. Semoga urusan untuk menyambut cahaya mata keempat ini dipermudahkan segala urusannya kelak.

Sumber: Instagram Sari Yanti

Kongsi artikel ini: