Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Siapa yang tidak kenal dengan usahawan selebriti yang sering kali menjadi buah mulut orang ramai iaitu Dato’ Seri Aliff Syukri. Sebut sahaja namanya, sudah pasti orang ramai dapat membayangkan cara dan taktik gimiknya bagi meraih perhatian umum.
Sejak akhir-akhir ini pula, negara kita dikejutkan dengan kisah politik dan juga bakal peneraju masa depan negara. Rata-rata rakyat menantikan keputusan atau pun langkah yang diatur oleh Tun Dr. Mahathir dalam membentuk kabinet yang baru.
ALIFF SYUKRI KONFIUS NAK TEMUBUAL SIAPA
Dalam kekalutan netizen mencari jawapan untuk kerajaan baru, tampil Aliff Syukri menyelit meluahkan pendapatnya. Enggan ketinggalan dalam urusan politik, dia dilihat ada memuat naik status di laman Facebooknya semalam.
Status tersebut menjadi perhatian ramai angkara soalannya yang diajukan sama ada dia ingin membuat liputan temu bual bersama Tun Dr. Mahathir atau pun Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam merungkai persoalan rakyat.
Dia dilihat dilema mencari cara yang betul dalam menunaikan impian tersebut dan ada bertanya orang ramai langkah merealisasikan hal sedemikian.
RAKYAT MALAYSIA PERLUKAN SAYA- ALIFF SYUKRI
Ini berikutan namanya menjadi topik hangat berikutan temu bualnya bersama balu Abam baru-baru ini yang telah menyentuh isu sensitif. Sesetengah pihak menganggap Aliff Syukri ini sebagai penyelamat yang berjaya mengorek rahsia yang ramai tak tahu.
BANTU DALAM BENTUK MAKANAN KEPADA PETUGAS MEDIA
Melihat kepada reaksi netizen berhubung status dimuat naik Aliff Syukri ini, ada yang memberi pendapat agar dia membantu petugas media. Maksud bantuan ini adalah dalam bentuk makanan dan mengagihkan kepada wartawan yang berhempas pulas memberikan maklumat terkini.
Tak terlepas, ada juga netizen meminta Aliff Syukri hanya fokuskan pada perniagaannya sahaja dan biarkan arus perdana menggalas tugas di mana keadaan negara yang boleh dikatakan sedang kalut ketika ini.
Apa pun sama-sama kita doakan pentadbiran negara bertambah baik kelak dan berjaya memegang mandat diberikan oleh rakyat secara saksama.
Kredit: Facebook Aliff Syukri Terlajak Laris