Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Jangan Perlekeh Martabat Guru! Isu Ustazah Merangkak Selesai, Penjaga Tampil Mohon Maaf Dengan Kejadian

Guru itu pelita hidup! Itu la ungkapan yang bermakna dan perlu kita tanam dalam diri bagi menghargai usaha dan pengorbanan seorang insan bergelar cikgu.

USTAZAH KENA MERANGKAK KELILING KELAS

Berjayanya seseorang itu sama ada doktor wahimah perdana menteri sekali pun adalah bermula dengan didikan seorang cikgu.

Selain isu pentadbiran negara, kisah seorang ustazah yang dipaksa merangkak turut menjadi perhatian orang ramai sejak petang tadi.

Tak tercapai dek akal di mana tahap pemikiran seorang ibu bapa yang boleh berdendam atau pun wujud perasaan tidak puas hati dengan seorang ustazah yang mendidik anaknya sendiri. Kejadian ini berlaku di sebuah Madrasah Ad Diniah Islamiah, Parit 15, Sg Pulau Bagan Datuk Perak.

VIDEO USTAZAH MERANGKAK:

Difahamkan ibu kepada seorang pelajar ini mendakwa anaknya didenda merangkak dan terdapat kesan luka akibat daripada denda yang diberikan oleh ustazah berkenaan.

KEDUA PIHAK BERSETUJU BERDAMAI DAN SALING BERMAAFAN

Pelbagai tomahan dari pelbagai pihak kepada ibu pelajar tersebut sehingga tampil seorang peguam yang rela hati untuk membela nasib ustazah berkenaan yang seolah-olah dipandang rendah martabatnya.

Walau bagaimanapun, setelah kisah ini tersebar di media sosial maklumat terbaru diterima bahawa ibu pelajar dan juga ustazah berkenaan telah bersemuka dan berdamai secara baik. Ia dilakukan secara rela hati tanpa melibatkan mana-mana campur tangan pihak ketiga.

Kedua individu ini berjumpa dan saling bermaafan dengan kejadian yang menimpa mereka sehingga isu ini menjadi tajuk utama di media sosial sejak petang tadi.

Sumber Facebook

SEMOGA DAPAT JADI PENGAJARAN

Susulan dari permohonan maaf yang dilakukan, kedua mereka juga bersetuju agar isu ini tidak dipanjangkan dan menjadi iktibar agar tidak berbangkit di masa hadapan.

Kesimpulannya, seharusnya ibu bapa perlu berfikiran waras dan jangan terlampau ikut emosi. Para guru diberi tanggungjawab untuk mendidik anak-anak. Dan sewajarnya mereka harus dihargai dan ibu bapa perlu berterima kasih dengan didikan yang diberikan.

Sama-sama kita jadikan kisah ini sebagai pengajaran agar dapat menjadi penjaga yang baik dan tidak bertidak membuta tuli semata-mata denda diberikan oleh guru kepada anak-anak kecil.

Kredit: Facebook Bagan Datuk Kini

Kongsi artikel ini: