Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pemergian pelawak terkenal tanah air, Abam Bocey memberikan bermacam-macam tanda dan pengajaran kepada masyarakat.
Sejak Allahyarham pergi, hampir setiap hari satu per satu kisah amal jariah yang pernah dilakukan oleh arwh menjadi bualan di media sosial.
Lihat sahaja saat permakamannya, ribuan manusia yang hadir memberikan penghormatan terakhir biar pun ahli keluarga tidak mengenali mereka.
Darjatnya diangkat dan ditunjukkan oleh Allah dengan kuasaNya bertapa hebat bila kita bermurah hati dan memudahkan urusan orang lain ketika masih hidup.
FAKHRUL UNIC MIMPIKAN ABAM
Terbaru, penyanyi nashid UNIC iaitu Fakhrul ada berkongsikan gambar yang menziarah pusara Abam Bocey semalam. Jelas Fakhrul, sejak akhir-akhir ini dia sering kali memikirkan arwh sejak berada di Tanah Suci Mekah lagi.
Tambah fakhrul lagi, dia bukan keseorangan kerana sehingga saat ini dapat dilihat masih ada orang yang hadir menziarahi arwh. Betapa hebat pemergian Abam sehingga kan memberi kesan kepada ramai pihak.
MASIH ADA YANG DATANG MENZIARAH
Kesimpulannya, sama-sama kita tetapkan amalan selagi hayat dikandung badan kerana hanya amalan sahaja lah yang dapat membantu kita kelak. Semoga kisah Abam ini menyedarkan kita tentang membahagi rezeki sesama masyarakat.