Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Maaf Apa Lagu Tu! Enggan Tolenrasi, DSV Nekad Teruskan Bawa Azwan Ali Ke Kandang Mahkamah

Kemelut antara usahawan selebriti terkenal, Dato’ Seri Vida (DSV) dan juga bekas pengacara popular, Azwan Ali atau lebih selesa disapa Diva AA dilihat tiada kesudahan.

PERMOHONAN MAAF DIVA AA TIDAK DITERIMA

Sebelum ini DSV membuat sidang media memberikan Diva AA peluang agar tampil memohon maaf secara umum, dan menarik balik segala tomahan yang dilemparkan kepada keluarganya sebelum ini.

Sejurus kemudian, Diva AA ada membuat permohonan maaf secara terbuka namun cara penyampaiannya seakan angkuh dan seolah-olah tidak menyedari kesilapan yang dilakukan sekali gus membuatkan DSV tidak dapat menerima cara maaf tersebut.

BACA: Azwan Ali Buat Permohonan Maaf Isu Libatkan DSV. Tapi Kenyataanya Pula Buat Peminat Rasa Muak

Selepas seminggu berfikir tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, akhirnya dia tetap meneruskan dengan keputusan untuk membawa Diva AA ini ke muka pengadilan yakni penentuan di mahkamah.

DSV INGIN TERUSKAN BAWA KES INI KE MAHKAMAH

Jelas DSV, dia nekad untuk membawa kes ini ke mahkamah berikutan maruah dirinya seakan-akan dipijak dan terguris dengan segala kelakuan Diva AA yang menyentuh hal sensitif melibatkan isu keluarganya.

Ketika sidang media permohonan maaf yang dibuat oleh Diva AA, DSV menanti dengan penuh sabar dengan ucapan dan kekesalan yang bakal dia ucapkan. Walau bagaimanapun lebih satu jam, permohonan maaf itu bersifat lagi membakar hati DSV sendiri.

UNTUK JAGA REPUTASI DAN BAIKI NAMA KELUARGA

Tambah DSV, tujuan dia membawa kes ini ke mahkamah bukan untuk meminta ganti rugi. Ianya lebih kepada membaiki reputasi keluarganya yang seakan-akan dipandang remeh oleh orang luar yang tidak tahu menahu keadaan sebenar.

Justeru, lidah itu sebenarnya sangat lah tajam. Jadi sama-sama lah kita menjaga tutur bahasa agar tidak terkesan kepada orang lain. Semoga kisah ini jadi peringatan buat kita bersama.

Kongsi artikel ini: