Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sebut sahaja nama Zizi Kirana, sudah pasti dia menjadi tumpuan mata ramai lelaki dengan imejnya yang berani. Sebagai rekod, Zizie dilahirkan pada 23 Januari 1985 di Semporna, Sabah.
Zizi mula bertapak dalam industri muzik tanah air dengan menyertai program realiti nyanyian TV yang terkenal di negara kita iaitu Akademi Fantasia Musim ke-7. Sejak dari itu lah dia mula dikenali umum.
ZIZI DAN ALIF 7 TAHUN BERSAMA
Sebut sahaja nama artis, ramai peminat lebih cenderung untuk mengetahui kisah peribadi berbanding kerjaya mereka. Perihal Zizi pula, kisah cinta yang menjadi tanya berikutan dia selesa bergerak secara solo ke mana-mana acara yang disertai.
Namun, lama menyimpan rahsia rupa-rupanya Zizi Kirana dan juga pelakon Alif Hadi sudah pun lama menjalinkan hubungan iaitu sejak tujuh tahun yang lalu lagi.
Jelas pelakon kacak ini, dia mengakui ada rasa cembru dengan Zizi apabila ada pihak yang cuba mendampingi terutama rakan artis dan juga orang ternama yang cuba dapatkan nombor telefonnya.
MASIH DALAM PROSES KENAL HATI BUDI
Tambah Alif lagi, dia berkawan dengan Zizi sejak tujuh tahun lepas dan masih lagi dalam proses untuk mengenali hati antara mereka berdua. Bagi penulis perkara baik jangan dilengahkan, takut nanti melepas pula.
TAK KISAH DENGAN PENAMPILAN ZIZI, HATI BUDI PALING PENTING
Bertanyakan soal fesyen dan penampilan Zizi yang sering menjadi perhatian umum, Alif memberitahu yang dia tiada masalah dengan itu. Semua lelaki akan berminat dan suka jika wanita berpakaian sedemikian, termasuk dirinya.
Jadi dia tidak kisah dengan persepsi orang ramai dengan penampilan Zizi itu. Yang penting Alif lebih mengenali hati budi Zizi berbanding yang lain.
Sebelum ini, ramai yang sudah pun menghidu hubungan mereka berdua, tetapi Zizi cuba menafikan dan hanya mengakui berkawan rapat sahaja. Mungkin untuk menjaga privasi dan enggan timbul masalah dikemudian hari.
Diharapkan hubungan mereka berdua berkekalan dan kalau dah jodoh tak lari ke mana. Sama-sama kita doakan yang terbaik buat mereka berdua.