Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga bukan lah suatu perkara yang mudah untuk diputuskan. Memandangkan ia seolah-olah memperjudikan nasib sama ada hidup bahagia atau pun sebaliknya kelak.
EMMA PILIH TARIKH 20.02.2020, KAHWIN JURUTERBANG
Apa pun tahniah penulis ucapkan kepada selebriti cantik Emma Maembong apabila menjadikan tarikh 20.02.2020 sebagai detik bersejarah dalam hidupnya. Dengan sekali lafaz, Emma sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang, Muhammad Shazli Azhar.
Pelbagai kisah kurang baik yang dilalui selebriti ini sebelum dia berjumpa dengan Shazli. Bermula dengan kisah kembali buka tudung hinggalah bercinta dengan abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq iaitu Syed Abdullah.
Namun ianya hanya lah sejarah lampau yang memberi pengajaran buat Emma. Baru beberapa hari bergelar isteri, muncul pula kisah kurang enak berkaitan pasangan dua sejoli ini.
TINDAKAN KURANG MANIS SUAMI EMMA CIUM ADIK IPAR PEREMPUAN
Beberapa keping gambar yang dimuat naik ke laman sosial telah menjadi pertikaian ramai pihak. Ini berikutan tindakan Shazli mencium adik ipar perempuan iaitu Chacha Maembong ketika di atas pelamin.
Sudah pasti kelakuan sebegini menimbulkan rasa kurang senang di hati netizen yang melihat. Mungkin pasangan ini merasakan ia adalah perkara biasa kerana sudah pun bergelar ahli keluarga.
Hakikatnya mereka terlepas pandang bab hukum agama berkaitan pergaulan antara adik beradik ipar serta batas yang perlu mereka berjaga.
CHACHA TAK PATUT BERADA DI TENGAH
Melihat kepada reaksi masyarakat kita, mereka mempertikaikan gambar kahwin ini yang mana sepatutnya Chacha tak perlu untuk berada di tengah dan aksi ciuman pipi itu tidak manis untuk dipertontonkan.
Dapat dilihat pelbagai sindiran yang dikatakan ramai. Mereka dilihat sempat membandingkan iklan promo KFC yang sedang trending iaitu beli satu percuma satu dan macam-macam lagi perkataan yang kurang manis.
Konklusinya, diharapkan adengan sebegini menjadi iktibar buat kita semua dalam menjaga sensitiviti agama dan perlunya menjaga batas pergaulan antara ipar duai. Tidak lupa juga semoga bahagia hendaknya buat Emma dan juga Shazli.