Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Bukan mudah untuk menjadi public figure. Peminat lebih suka membuat andaian sendiri berbanding mendengar atau pun mengetahui punca sebenar kejadian.
Itu lah yang terjadi kepada pelawak terkenal tanah air, Ali Puteh yang bertalu-talu menerima tamparan hebat daripada netizen.
Bermula dengan pendedahan video dari Aliff Syukri yang menemubual balu Allahyarham Abam Bocey dan bertanyakan soal harta sehingga menimbulkan pelbagai pandangan negatif ramai kepada keluarga Ali terutamanya.
ALI BUAT SIDANG MEDIA, ENGGAN ADA SALAH FAHAM LAGI
Berikutan kejadian ini, Ali telah tampil membuat sidang media pada jam 5.00 petang tadi bagi menjelaskan perkara sebenar.
Hampir 45 minit Ali berhadapan dengan pihak media bagi memastikan semua pihak tidak salah faham dan enggan kemelut ini terus berlanjutan di masa depan.
Yang dipertikaikan oleh ramai pihak adalah status yang dimuat naik Ali di laman instagramnya yang menyifatkan balu Abam sebagai ‘binatang’. Sejak itu, pelbagai tomahan yang diterimanya atas dasar mendengar sebelah pihak.
BUAT PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA KEPADA HIDAYAH DAN RAKYAT MALAYSIA
Ali dengan rasa rendah diri telah tampil mohon maaf secara terbuka kepada kakak iparnya itu dan juga seluruh rakyat Malaysia yang terkilan dengan kata-katanya sebelum ini menerusi sidang media yang diadakan tadi.
Tidak keseorangan, dapat dilihat bapa saudara, pemilik kereta Myvi dan juga pemandu Allahyarham Abam turut sama menjelaskan soal pindah milik kereta ke atas nama Hidayah berserta dakwaan keluarga Ali yang diwar-warkan menghalang dari tujuan menggunakan kereta untuk ke klinik.
Di akhir sidang media, Ali turut meminta agar penghebah utama kisahnya dan Hidayah iaitu Dato’ Seri Aliff Syukri tampil memohon maaf kepada ibunya kerana ianya telah memberi kesan di atas video yang dikongsikan umum.
RELA UNDUR DIRI, ENGGAN CARI PUBLISITI
Dalam nada pilu, Ali turut menyatakan hasratnya yang rela untuk mengundurkan diri dari dunia seni sekiranya dia tidak diperlukan lagi. Dia juga berhasrat untuk mengambil alih tugas yang ditinggal Allahyarham Abam untuk menjaga ibunya tanpa sebarang publisiti murahan sebegini.
VIDEO PENUH:
Justeru, kita sebagai masyarakat jangan cepat melatah dan menghukum individu dengan membuta tuli. Lihat lah kesannya yang sungguh mendalam biar pun bagi sesetengah pihak ianya nampak kecil dan hal yang remeh.
Kredit: mStar Online