Physical Address

304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124

Terjentik Rasa Hati! Tolak Dunia Demi Akhirat, Datuk Rizalman Umum Undur Diri Dari Dunia Fesyen

Malam tadi telah berlangsung dengan jayanya persembahan konsert Kesuma Jiwa 2020. Apa yang menjadi perhatian adalah pereka fesyen terkenal tanah air iaitu Datuk Rizalman Ibrahim.

RIZALMAN UMUM UNDUR DIRI DARI DUNIA FESYEN, KESUMA JIWA ADALAH YANG TERAKHIR

Difahamkan selesai sahaja persembahan tersebut, Rizalman telah membuat suatu pengumuman mengejut apabila mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dari dunia fesyen yang telah dia ceburi setelah sekian lama.

Keputusan Rizalman untuk bersara adalah dari dirinya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Manakala petunjukan fesyen Kesuma Jiwa 2020 ini merupakan petunjukan fesyen yang terakhir dipersembahkan olehnya.

Dia dilihat sempat meminta maaf kepada penonton di atas keputusan mengejut berkenaan. Jelasnya empayar fesyen yang didirikan selama tempoh 30 tahun lamanya bakal diserahkan kepada rakan perniagaan.

 

View this post on Instagram

 

selamat tinggal bunga ku.. jaga baik dirimu sendiri… #kesumajiwa2020

A post shared by rizalman71 (@rizalman71) on

RAKAN PERNIAGAAN BAKAL MENYAMBUNG LEGASI

Faizul Surani yang setia di sisinya lebih kurang 15 tahun bakal meneruskan legasi jenama Rizalman dan bakal menentukan arah yang seterusnya.

Tidak dinafikan keputusan untuk bersara awal ini bukan lah mudah untuk dibuat. Rizalman tidak dapat menahan sebak ketika menyatakan hasratnya tersebut memandangkan usaha keras dalam menaikkan legasinya terdahulu.

Antara alasan lain dalam pengunduran Rizalman ini adalah timbulnya rasa bimbang jika tidak bersedia untuk menghadap Tuhan kelak. Justeru, dia ingin mempersiapkan diri dan memperbanyakkan amalan selagi mana masih ada masa.

RAKAN SELEBRITI PERGI DENGAN MENGEJUT, JENTIK HATI RIZALMAN

Dapat dilihat sejak akhir-akhir ini, ramai rakan selebriti pergi dalam keadaan umur yang masih muda yang mana telah menjentik hatinya tentang kuasa Allah yang kita sendiri tidak tahu cara nyawa kita diambil nanti.

Selagi kudratnya masih ada, dia ingin berusaha menetapkan amal di jalan yang betul. Tambah Rizalman lagi, dia enggan pergi dalam keadaan yang tidak bersedia.

Melihat sahaja reaksi netizen, rata-rata ramai yang terkejut mengenai perkhabaran ini. Hilang sebutir ikon fesyen negara.

Namun mereka tetap positif dan mengucapkan kata-kata kagum dengan isi hati Rizalman yang melepaskan harta dunia demi mengejar amal kebaikan dan juga agama.

Semoga kisah-kisah sebegini mampu menjentik hati kita yang selama ini lalai dengan duniawi dan mengejar harta tanpa kita sedari agama telah kita lupakan.

Kongsi artikel ini: