Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Pembahagian harta pusaka sering membelengu masyarakat kita sejak zaman berzaman lagi. Kerana harta juga, darah daging ditolak tepi demi kepuasan nafsu sendiri.
Ramai di antara kita kurang faham tentang kepentingan pembahagian harta ini, malah menganggap ianya dibahagi mengikut hierarki dalam keluarga. Meski pun agama menetapkan syarat secara faraid, ada pihak yang mempergunakannya pula.
Walhal tanggungjawab kepada si lelaki adalah sangat berat iaitu bertindak saksama dan adil untuk menggunakan harta peninggalan tersebut.
ALI PEGANG KUNCI KERETA DAN DOMPET ALLAHYARHAM ABAM
Bercerita soal pembahagian harta ini, ianya turut membelengu pelawak tersohor, Ali Puteh. Berikutan pemergian abangnya, Abam Bocey secara mengejut, segala hal membabitkan harta memerlukan masa untuk diuruskan.
Namun sebaliknya pula berlaku. Sejak semalam kisah Ali dan juga isteri Allahyarham Abam iaitu Noor Hidayah menjadi bualan hangat warganet gara-gara satu temubual yang dibuat khas oleh Aliff Syukri dan pihak produksinya bersama keluarga Hidayah.
Diakhir bual bicara, Aliff Syukri telah bertanyakan soalan yang agak sensitif untuk dipertontonkan kepada umum yang melibatkan harta peninggalan Allahyarham Abam buat isterinya. Hidayah tanpa berselindung menceritakan apa yang terjadi.
BACA: Ambil Kesempatan, Aku Cabar Kau Jumpa Aku! Gara-Gara Live Aliff Syukri, Ali Puteh Naik Angin
ALI MUAT NAIK STATUS RASA MARAH
Sejurus kejadian, Ali dilihat ada memuat naik status di instagram yang telahpun dipadam yang mana menggunakan perkataan yang agak kasar ditujukan kepada Hidayah. Gara-gara salah faham, masing-masing tidak tahu hujung pangkal cerita.
Kesannya adalah kepada netizen apabila mereka menyifatkan Ali berlaku tidak adil dan bertindak memakan diri sendiri. Padahal harta peninggalan Abam sepatutnya diberikan kepada Hidayah selaku isteri, dan mempunyai tanggungjawab untuk besarkan zuriat.
BACA: Tiada Hak! Didakwa Cuba Kaut Harta Peninggalan Abam, Ali Puteh Teruk Dibidas Warganet
Tidak semena-mena orang luar yang sepatutnya tidak perlu tahu atau masuk campur telah pun terlibat sekali. Meninggalkan komen kepada Ali sedikit sebanyak mengganggu dia dalam menguruskan perkara yang sebenar.
ALI PUTEH DEDAH CERITA KEJADIAN SEBENAR
Menurut satu perkongsian di Facebook Ria X, mereka telah mendapatkan penjelasan Ali berkaitan isu ini agar tidak ada salah faham kelak.
Menurut Ali, ianya telah pun dibincangkan dengan Hidayah sebelum ini yang mana Allahyarham memiliki dua buah kereta merupakan Vellfire dan juga Myvi. Isu anak Allahyarham pergi ke klinik dibawa menaiki kereta Myvi bukannya Grab seperti mana dihebohkan semalam.
Isu dompet Allahyarham dipegang olehnya pula berikutan ada bermacam urusan kerja yang perlu dia bantu selesaikan bagi pihak Abam.
KELUAR RUMAH ADALAH KERELAAN HIDAYAH SENDIRI
Ramai netizen turut mempersoalkan isu Hidayah keluar rumah secara sehelai sepinggang. Walau bagaimanapun, jelas Ali itu adalah keputusan isteri Allahyarham sendiri yang keluar rumah dengan rela hati pada hari keenam Abam pergi.
Berikut adalah rakaman penjelasan penuh Ali Puteh terhadap kemelut yang melanda dirinya dan juga isteri Allahyarham:
Justeru, kita sebagai orang luar yang tidak tahu menahu lebih baik sekadar mendoakan yang terbaik buat mereka. Semoga dengan penjelasan Ali ini sedikit sebanyak menjawab segala dakwaan dari netizen.
Kredit: Yoy Network