Physical Address
304 North Cardinal St.
Dorchester Center, MA 02124
Sejak lewat petang semalam, heboh diperkatakan tentang Ali Puteh, adik kepada arwh Abam yang dilihat berang kepada Dato’ Aliff Syukri dan juga kakak iparnya, Noor Hidayah.
ALIFF SYUKRI TEMU BUAL ISTERI ABAM, TANYA SOALAN BERKAITAN HARTA
Ianya berikutan Aliff Syukri ada melawat Hidayah awal pagi semalam untuk memberi sedikit sumbangan. Kemudiannya usahawan tersebut memuat naik video temubual bersama isteri Abam itu ke laman sosial.
Di bahagian akhir temu bual, Aliff Syukri dilihat ada bertanyakan tentang harta peninggalan Abam Bocey memandangkan sebelum ini arwh merupakan seorang yang senang. Dan menurut Hidayah keretanya sebelum ini sudah ditarik.
BACA: Ambil Kesempatan, Aku Cabar Kau Jumpa Aku! Gara-Gara Live Aliff Syukri, Ali Puteh Naik Angin
BERSIFAT TIDAK ADIL PADA HIDAYAH
Manakala kereta peninggalan Abam pula berada dengan di tangan keluarganya. Sekali gus ramai yang membuat andaian bahawa Ali Puteh dan keluarga bersifat tidak adil dan cuba mengaut harta yang bukan pada haknya.
Disebabkan kenyataan ini membuatkan Ali, yang juga seorang pelawak naik angin. Sejurus kejadian, Ali ada mencabar usahawan kosmetik ini untuk berhadapan dengannya bagi membincangkan perkara sebenar.
ALIFF SYUKRI ADALAH ASBAB TERBONGKAR KISAH SEBALIKNYA
Yang menarik perhatian penulis adalah komen dari salah seorang individu yang mengaku sebagai sahabat baik kepada salah seorang ahli terdekat dengan Hidayah, yakni isteri Abam.
Jelasnya pengakuan Hidayah itu adalah benar dan bukannya direka-reka. Sehingga kini isteri Abam tidak diberikan apa-apa kerana semuanya dipegang oleh ahli keluarga Abam dan perkara ini masih dalam proses di mahkamah.
Tindakan Ali seakan memakan diri sendiri apabila dengan kehadiran Aliff Syukri, yang rata-rata menyifatkan sebagai busybody ini adalah asbab untuk orang ramai tahu perkara yang terjadi disebaliknya.
BALU BERHAK MENDAPAT 1/8 DARI HARTA
Pelbagai pandangan yang timbul setelah cerita ini bertebaran di laman sosial. Ada pihak yang meminta Ali menjawab persoalan orang ramai haknya memegang kunci kereta dan dompet arwh Abam.
Walhal balu yang ditinggalkan adalah bukannya bercrai hidup. Sepatutnya si isteri berhak mendapat 1/8 dari harta yang ditinggakan manakala ibunya pula berhak mendapat 1/6 dari harta tersebut. yang selebihnya adalah untuk anak arwh, Hamzah sebabnya anak lelaki.
Sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan rasmi daripada pihak keluarga Ali mahupun Dato’ Seri Aliff Syukri perihal ini. Sama-sama kita doakan kemelut ini dapat diselesaikan secara baik agar isu salah faham tidak timbul.